LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 24, 2009

26.12.2009


Seronoknya petang ni nak balik jumpa Rayyan Adam dan suami. Sabtu ni Rayyan Adam nak jadi pengantin. Cewah!!! Tak sabar nak tengok Rayyan Adam pakai baju melayu yang neneknya jahit. Lepas tu naik buai cantik-cantik...Ada bunga-bunga. Ada riben-riben. Wah mamanya bukan main exited lagi. Harap-harap Rayyan Adam tak buat hal sangat masa majlis cukur jambulnya nanti.

Sebenarnya saya join venture sekali dengan majlis perkahwinan adik suami. So, pagi 26.12.2009 ni nanti sebelum majlis persandingan akan terbitlah majlis cukur jambul untuk Rayyan Adam. Tapi tu lah...ketua majlis cukur jambul tu tak nak buat acara gunting-gunting rambutlah. Ukir-ukir kelapa lah. Dia kata nanti dah macam orang Hindu pulak. Pada saya, asalkan niat kita tak ikut agama Hindu ok je. Niat kita hanya nak meraikan. Tak pe lah. Terima je lah. Dah ketua kata macam tu. Ikutkan je lah. Karang tak de orang nak raikan Rayyan Adam pulak.

Ketua tu cakap dia cuma nak saya sediakan bunga telur dan bunga rampai jek. Tapi saya ada tambah satu barang. Hahahaha. Saya nak jugak hiaskan buai Rayyan Adam cantik-cantik. Lantak lah kalau ketua tu nak kata saya ikut kepercayaan apa. Yang penting saya punya niat tak memesongkan akidah.

Nenek Rayyan Adam dah mula merebus telur pindang sejak dari hari Isnin lagi. Semalam baru nenek Rayyan Adam angkat. So, keluarga sebelah suami sangat teruja dengan telur pindang tu yang menjadi kebanggaan orang Johor. Tema nya nanti warna
maron saya ikut tema pengantin sebenarnya

Harap-harap segalanya berjalan lancar sepanjang majlis nanti.



Dec 23, 2009

Rayyan Adam Dengan Clip Putingnya

Rayyan Adam sangat suka hisap jari


Mama terpaksa belikan Rayyan Adam clip puting sebab dia suka memoting



Rayyan Adam juga pandai berposing


Jangan Bersedih



Saya baru beli buku ni tadi kat ruang legar CIMB Bank UTM. Saya berharap lepas ni saya tak akan bersedih lagi. Kalau tengok saya ketawa je lepas ni maknanya buku ni berjaya lah menggembirakan saya....Huhuhu



Saya Sangat Bersyukur


  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan penjenayah
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan kaki botol
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan kaki judi
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan penagih dadah
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan perompak
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan pembunuh
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan penghutang
  • Saya sangat bersyukur saya tidak berkahwin dengan perogol
  • Saya sangat bersyukur saya berkahwin dengan BADRULHISAM BIN AHMAD

Saya perlu bersyukur dengan kebahagian yang sedang saya kecapi sekarang ini. Jika boleh saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya mahu bahagia bersama cinta suami dan anak saya. Amin...

Dec 22, 2009

Bukti Cinta

Sebelum bergelar seorang isteri saya sering bertanya kepada suami, apakah bukti cinta dia pada saya. Jawapan suami hanya satu, kahwin lah bukti cinta dia pada saya. Waktu itu saya sangat tidak percaya dengan jawapan itu. Kerana saya tahu yang memang suami akan berkahwin dengan saya. So, saya rasa itu bukan lah bukti yang saya nak.


Setelah bergelar seorang isteri saya mula terfikir ada benarnya jawapan yang diberi. Sebenarnya suami juga ada memasang cita-cita bercinta dengan orang lain. Cuma dia tak kahwin dengan orang itu. Jadi, saya dilamar atas dasar cinta di mana saya mahu dijadikan sebagai isterinya. Maka suami telah membuktikan cintanya pada saya.


Cuma kadangkala saya sebagai seorang wanita masih lagi tidak berpuas hati dan masih lagi bertanya soalan yang sama. Cuma jawapan suami sekarang dah lain sikit. Jawapan dia....bukti cinta abang pada sayang...tu abang dah bagi Adam

Tapi saya masih lagi nak tahu dan nak tengok, apa lagi yang dia boleh tunjukkan bukti cinta dia pada saya.




Dec 21, 2009

Kelebihan Rayyan Adam


Kelebihan Rayyan Adam ialah beliau sangat putih orang nya. Putih beliau ialah putih yang melepak. Begaimana saya boleh berkata sedemikian rupa ialah kerana saya dan suami bukan lah dari kalangan orang yang putih. Ini adalah kenyataan yang mana ramai yang menyatakannya. Kebanyakan orang mcm pelik mengapa Rayyan Adam mcm susu. Alasan mamanya ialah minum lah soya banyak-banyak semasa pregnent.


Mula-mula nenek Rayan Adam tanya semasa saya call kata saya dah selamat bersalin. Bunyinya lebih kurang mcm ni, "Putih ke hitam?".

Lepas tu pak long Rayyan Adam pulak tanya, "Mcm color anak abg tak".

Then, rakan-rakan saya, "Hish betul ke ni anak ko? Aku mcm confius je...".


Hish-hish...kenapalah nak pelik sangat anak saya putih. Saya selalu kata org buta je kata saya ni hitam. Hahahaha. Yang sebenar-benarnya ialah Rayyan Adam ni jadi melepak kerana atuk dan neneknya melepak gak. So, semasa hayat saya pun ramai yang confius betul ke saya ni anak diorg. Hahahahaha....






Dec 17, 2009

Bagaimana...


  • Bagaimana Nur boleh terima cinta Adam yang meninggalkan tanggungjawabnya bertahun-tahun sebagai suami
  • Bagaimana Katerina boleh terima Adam semula walaupun Adam sudah menyintai Nur
  • Bagaimana Aliya boleh menerima Aidil sedangkan cinta Aidil untuk Nur sebelum ini
  • Bagaimana Sarah rela manabur fitnah demi cintanya terhadap Aidil

Demi cinta seorang lelaki yang bernama suami, wanita sanggup buat apa saja walau pun menanti tanpa pasti. Bagaimana seorang lelaki dapat membuktikan cintanya terhadap wanita pilihannya?