LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 19, 2013

Korea

Kan dah kata, ini adalah edisi rajin

Dah la rajin update blog, rajin pulak edit gambar. Rajin tak? Rajin tak???


Ok la, jom kita share story mory yang low class ni. Cerita pasal Korea

Eh bukan kita yang pergi. Mana iols ada pitih nak pergi sendiri. Ini Encik Suami yang pergi atas urusan kerja. Compony support boleh la nak pergi secara free.


So, kejadian berlaku masa betul-betul jatuhnya Hari Raya Haji. Adalah sangat sedih bila mendengar takbir raya hanya bertemankan anak-anak tanpa suami di sisi. Eh tapi weols import jugak mak dari kampung supaya dapat menemankan saya kelam kabut menjaga 2 orang anak.


Layan je la gambar. Nak cerita pun, bukan aku yang pergi. Sebab nak cerita kat sini, sebab apa hadiah yang kita minta semua beliau belikan. So, mestilah berganda-ganda sayang nya pada beliau!!!





Makanan halal adalah mahal nak mam***. Nasib baik semua nya ditaja. So merasa la jadi VVIP sekejap








Bersepah bilik orang jantan duduk


Kedai-kedai jual keronsang. Ni kalau aku yang masuk, mahu blink blink bijik mata





Gelagat peniaga baju sejuk nak tarik perhatian pelanggan. Murah gila. Suami belikan saya selai 15 hengget. Saya memang penggemar baju sejuk. Tak tahu kenapa. Pada hal pakai time tengok wayang jek

Eh nasib baik baju kat dada orang ni tak terbuka butang baju nya macam baju skandal Adi Putra tu kan





Dan ini adalah part yang paling best, bila saya dapat apa yng saya minta!!!

Tapi semua yang dia beli, apa yang saya tulis je. Memang dasar orang lelaki tak reti nak tokok tambah. Kalau aku, mesti tak bawak balik barang sesen pun duit shopping!!!




Yang paling saya suka The Face Shop tu. Minta nya 3 barang. Tapi butik tu banyak bagi free gift. Biar la jarang bersolek pun. Janji dapat barang made in korea.

Then baju perantin anak dara pun sangat cantik. Pandai suami pilih color peach kegemaran hamba....

Part keronsang tu memang la saya senaraikan beli 2. 1 saya, 1 mak. Tapi kau dah tahu murah, kau beli je la lebih. Sudahnya saya bagi je mak dua-dua. Sian pulak mak dapat 1 jek...

Eh nanti engineer dari Korea mahu datang Malaysia pulak, saya dah senaraikan dah barang apa yang saya nak. Mestilah nak kirim The Face Shop lagi. So, Encik Suami, sila la bayar ye....

1 comment:

adianiez AIDA said...

korea ada satu tempat dlm wishlist aida... ada sorang member aida tu da 3-4 kali gi korea! duit terlebih byk agak nyer hi hi hi...