LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 7, 2013

5.5.13




Sementara tengah hot lagi, mari kita jangan ketinggalan bercerita tentang PRU13. 


Ramai sangat yang jadi pak menteri. Ramai sangat yang jadi mata-mata. Ramai sangat yang jadi pegawai SPR. Ramai sangat yang jadi penganalisis politik. Meriah nya politik Malaysia.


So, 5.5.13 merupakan kali kedua saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Bagus tak saya. Huhu. Ye la... Macam bengang dengan orang yang cakap banyak pung pang pung pang tapi sebenar nya tak pernah pun mengundi. Alahai.... YB kedai kopi rupanya.


Dulu pertama kali mengundi masa anak dara. Sekarang dah nak masuk 2 anak dah pun. 


So, sebagai ibu mengandung yang bawak perut selama 8 bulan ni, mari kita gunakan sepenuhnya perut yang memboyot ni untuk mendapat tempat di line ekspress bersama-sama warga emas.


Paling sadis bila pegawai SPR tu tak tahu yang orang mengandung boleh dapat tempat istimewa. Hmm.... Memang kena buku dengan ruas ye. Silap orang la kalau kau tak bagi kat aku. Huhuhu.


Penat wei nak yakinkan diorg yang perut saya ni dah 8 bulan!!! Ye memang ramai yang cakap perut saya kecik. Termasuk la pegawai SPR tu ingat aku berlakon buat-buat mengah masa berjalan. Cis!!!


Tapi ok la. Berkat keistimewaan mulut saya yang pot pat pot pet ni, dapat la jugak buang undi lebih cepat daripada yang lain-lain yang kena beratur panjang tu.


Sabtu petang gerak balik Johor. Ahad tengah hari laju-laju gerak ke Melaka semula sebab giliran suami pulak nak mengundi. 


Maybe kalau umur panjang ni kali terakhir kot mengundi di kampung. Nak tukar alamat mengundi lepas ni. Kat kmpung gerenti menang punya. Huhuhu. 


So, lepas ni In Shaa Allah kami suami isteri akan tukar alamat tempat mengundi sebab kami perlukan pemimpin yang berwibawa di tempat kediaman kami. Kami perlukan hak sebagai masyarakat di sini melalui pemimpin yang dipilih. Dan pasti kami akan memilih demi masa depan anak-anak kami sebab pastinya kita semua akan mati. Yang bakal tinggal anak cucu kita dengan nasib yang telah kita pilih pada masa kini.


Sedikit selingan video Rayyan Adam yang teruja nampak gambar roket semasa perjalanan balik kampung. Budak-budak.... Roket tu hanya mainan je kot   


video
 
    

No comments: