LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 7, 2013

Buku Latihan Singgit

Kat Melaka Mall sekarang tengah ada macam booth buku murah-murah. Banyak jugak la buku yang dijual murah gila. 


So apa lagi. weols tak lepas kan lah peluang menjengah.


Matlamat hanya mencari buku untuk si bujang sahaja. Main tarik-tarik je mana buku berkenan. Tarik pun laju-laju. Huhuhu. Dikhuatiri keadaan diri sendiri sukar dikawal.


Buku-buku kat situ jenis buku lama tau. Kena pandai pilih. Ada macam-macam. 


Weols pergi kat area pra sekolah punya. Yang harga singgit. Huhuhu. So target RM1 untuk 10 keping buku latihan Rayyan Adam. Jadik la. Cukup untuk saya buka tadika kat rumah. Muhahhahha!!!


Matematik




ABC



Mewarna. Yang ni kena lebih sikit sebab umur cenggini tengah syok mewarna




Pendidikan Islam



Ada banyak sangat kalau nak. Weols tak beli pun yang membaca sebab nak tumpukan pada menulis dulu. Esok-esok kalau A tu dah tak rupa H boleh la nak start membaca secara besar-besaran. 


Rayyan Adam kalau tulis huruf A mesti rupa paras H. Dia tak pandai tutup lubang atas tu buat bumbung. Erkkk... Faham ke tak ni. Huhuu




Lately rasa malas sangat nak tengok blog. Apa hal entah....

No comments: