LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 6, 2012

Lupa Tahap Kronik

Ni cerita hal suami. Tapi bukan la bermakna nak canang hal rumah tangga. Just nak share or kot-kot kawan-kawan ada pendapat macam mana nak baik pulih penyakit suami saya yang saya rasa benda ni memang penyakit kot.



Bayang kan... (sila bayangkan..) Sejak we all kahwin, banyak perkara yang dia lupa melibatkan perkara yang merbahaya... Ni baru 4 tahun kahwin tau. Saya takut lama-lama saya jumpa yang macam-macam hal lagi. Nauzubillah

  • Puasa baru ni. Malam tu saya tidur awal dalam pukul 11.30 malam. memang tak tahan letih sangat-sangat. Kena tidur dulu sebab nanti pukul 4 pagi nak bangun siapkan juadah bersahur. So malam tu suami siapkan Rayyan Adam. Saya bangun pagi tu pukul 4 pergi dapur. Macam pelik. Kenapa rasa bahang sangat ni. Dapur nampak kelam. Rupanya suami masak air malam tu dekat-dekat pukul 12 malam lupa nak tutup api. Gila bayangkan hampir 5jam cerek air tu bertenggek atas api. Alhamdulilah tak jadi benda buruk. Cerek tak meletup. Jauh dari gas. Syukur sangat-sangat Tuhan selamat kan kami malam tu dari sebarang bencana. 

  • Ni baru raya pun jadi hal jugak. Kira fresh lagi la ceritanya. Dah plan dah minggu tu nak beraya ke Bangi. Kau dah tahu nak jalan jauh. Apa salah cek siap-siap apa yang patut kereta tu. Air ke. Minyak hitam ke. Ni dan-dan kita nak kunci pintu  rumah time tu la baru nak tengok air bagai. Ni memang perangai buruk dia. Geram tau. Sebelum ke Bangi tu saya nak hantar order apam polka dot dulu kat customer. Dalam perjalanan tu rasa macam ada langgar benda tau. Bunyi macam terpelanting. Ignore je la. Sebab dia drive pun tak rasa apa. Tup-tup, suami saya berenti kat pam minyak. pada hal dah isi minyak. Dia kata, dia rasa penutup tangki air tu tadi yang terpelanting sebab dia lupa nak tutup. Huh!!! Mahu tak hangin bini nya ni. Mula la masa ni dia gelabah. Nak patah balik. Pergi cari penutup tu atas jalan. Orang buat salah memang gelabah. Masa ni dia dah start drive secara merbahaya. Bini pulak ustazah pilihan. Memang kena tarbiyah la kan. Baru la slow bawak kereta tu. Alhamdulilah jumpa.

  • Ni satu lagi perangai. Sebelum tidur dia mesti hisap rokok kat dapur. Walhal kita ni dah tutup semua kan. Pintu... Tingkap. Tang dia hisap rokok kat dapur bukak tingkap tang tu yang bininya hangin. Mahu tak angin. Dah tahu buka tingkap tu bukan reti nak tutup balik. Eh dia selamba je la terus masuk bilik. Kita ni risau la orang mengendap rumah kita malam-malam time tidur. Dia sikit pun tak tahu nak risau. Selalu sangat kalau saya bangun kul 2-3 pagi tengok tingkap ternganga-nganga, masa tu saya suruh dia bangun pergi tutup. Gaduh pun gaduh la. Kena ajar sikit. Benda macam ni takkan kita nak jadi isteri solehah yang redha je apa laki buat. Bahaya wei.

  • Setakat lepas buat susu anak lupa tutup tin susu. Lupa tutup botol air. Hei tu biasa sangat la. Buat milo tengok-tengok milo dah keras. Lupa tutup. Dalam tangan je semua tu.

  • Lepas mandi lupa tutup air pun biasa...

  • Keluar rumah lupa tutup kipas, lampu, suis charger pun biasa...

  • Satu kes lagi ni ha. Luar biasa sikit. Keluar rumah. Terus jalan. Lupa tutup pintu semua. Selamba badak je kan. Sampai jiran call. Ye la. Jiran ni dok tengok pintu, grill, pagar semua ternganga. Dari hari cerah sampai ke gelap. Sah-sahla jiran ni syak something wrong. pencuri cuci kaki je la nak masuk rumah we all masa ni. Masa ni menggelabah pecut balik rumah bawak kereta macam orang gila. Plan A suruh dulu jiran lelaki tolong cekkan rumah and buka suis lampu. Huh!!! Memang ada pun jejak pencuri. Tapi tak sempat nak amik apa-apa. Rezeki terpijak orang kata. Tak de b arang yang hilang. Cuma pencuri sempat buka folder sijil-sijil we all je. Nak tengok resume lewtew. So bini yang ustazah pilihan ni pun start la mentarbiyah suami tercinta ni. 


Agak-agak la kan. Kronik ke tak suami saya ni. Penyakit ke apa namanya ni. Kalau betul penyakit, ada ke tempat nak merawat. Ada ke klinik or hospital yang ada doktor pakar sakit lupa. Sakit jiwa aku tahu la. Ke benda ni kategori sakit jiwa. Muahhahaha!!! Tapi serius saya nak tahu kalau ada ubatnya. Saya takut makin lama makin kronik and mendatangkan bahaya kat family kami. Buat nya dia lupa dia ada anak bini. Tak ke bahaya namanya tu!!!

3 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

Ya Allah sampai macam tu sekali. takut pula nak komen. tapi baik bincang dengan asben mana tau benda tu bersifat sementara je.apapun sokongan awak sangat penting utk memulihkan ingatan asben awak,insyaAllah semua akan ok..

apek said...

mula-mula baca tajuk aku nak suggest makan kismis je.. tapi bila baca sampai abis, jgn kata kismis, bagi pokok krismas pun lom tentu pulih sehari dua ni. hahaha.. sorry gurau je.. cuba cari doa2 tertentu. al-qurankan pengubat segala penyakit. Tanyalah mana2 ustaz / ustazah asalkan bukan 'ustazah pilihan' sebelah suami tu.. kerna alamat bertambah pelupa si suami nnt akibat leser-leser yg kuar dari mulut tu.

Mama Likha said...

hahah as ni..... yg mula3 smua mmg kecut perut gak bila baca.. tk sngka mcm tu tahapnyer lupa. tp yg last2 tu tergelak sorg2 lakkk daku.... aduhai......


ke bad habit namanya ni ?