LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 6, 2012

Muntah

Malam tadi sedang tidur pukul 3 pagi tiba-tiba termimpi, apasal kain buruk yang aku buat lap ink bau muntah. Siapa pulak lap muntah ni.


Lepas tu tersedar, eh bukan mimpi la. Ni realiti ni. Tapi memang bau muntah. Try cium area tilam, memang ada bau muntah. Tapi siapa pulak yang muntah.


Tadi saya yang tidur kan Rayyan Adam. Tak de pulak dia muntah. Nak kata, sebelum ni dia muntah, kenapa masa tidur tadi tak muntah.


Tiba-tiba Rayyan Adam duduk sambil nangis tunjuk tangan dia basah. Eh ni muntah ni. Terus kelam kabut bangun laki bini, tilam anak dah kena muntah.


3 kali macam tu tekak dia loya. Masuk angin dah. Habis semua yang dimakan keluar. Dia dah lembik. Dah sapu minyak Yuyi. 


Then baru teringat ada Air Musoffa. Terus tuang sikit dalam gelas. Selawat, baca Al-Fatihah and niat minta Allah sembuhkan penyakit Rayyan Adam and bagi kesihatan yang baik buat nya.


Rayyan Adam tak nak minum. Tapi saya sapukan kat bibir nya biar dia dapat telan sikit pun jadi la. Lepas tu sapu kan kat seluruh badannya. Alhamdulilah dengan izin Allah, lepas tu Rayyan Adam tidur nyenyak sampai ke pagi.


Esok nya pergi skul saya bekal kan Rayyan Adam air 100 plus and ubat demam plus ubat muntah siap-siap. Takut apa-apa jadi kan kat skul. So far dia ok je. Dia terlebih makan kot

 

  

3 comments:

Ardini Humaira said...

moga rayyan adam cepat sembuh :)

Ogy Nordin said...

Masuk angin gamaknya... cuba urut pelipat lutut dan betis dia dengan minyak yuyi tu.

AzuraFazil DIN said...

alahai cian nyeeee..

perut msuk angin kut, leps ni b4 tido kene sapu minyk kt kaki & perut