Hmmm.. macam mana nak mula ek. Saya sedih ni. Tapi saya kena terus kan jugak hidup demi kepentingan family saya...
Ok hari ni last day saya di Microcorp Technology Sdn. Bhd. Ya ini la tempat pertama selepas saya graduate saya mencari rezeki. Alhamdulilah.
Di sini saya mampu membeli sebuah kereta terpakai. Dan alhamdulilah juga di sini saya juga mampu membeli sebuah rumah baru atas nama saya sendiri.
4 tahun 6 bulan satu jangka masa yang banyak mengajar saya tentang macam-macam kehidupan. Segala nya di sini. Daripada saya bujang hingga la saya mempunyai seorang anak bujang berusia 3 tahun.
Saya sedih. Tapi tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini. Saya sangat sayang dengan kawan-kawan di sini. Saya dah rasa macam adik beradik. Susah senang bersama. Memang la masing-masing tak boleh nak selesai kan masalah kita. Tapi atleast saya boleh berkongsi tentang sesuatu rasa.
Nanti bila di tempat baru belum tentu lagi kita boleh bina persahabatan yang macam ni. Belum tentu lagi orang boleh terima saya seadanya seperti di sini.
Hmmm.... esok lusa atau mungkin sekejap lagi saya akan mula merindui saat-saat bersama kamu. Aina, Hany, Kak Dolly, Marlia, Rini, Kak Azie, Nadia, Fatiha, Dayah, Filah, Niza..... Korang!!!!!!!
Pagi mesti kita beli breakfast kat Shaz. Kalau bosan kita pergi Toyibba. Makan tengah hari kalau belum gaji kita tapau je kat Shaz. Kalau hari gaji mesti kita melawat Jusco Equine or Giant. Dua-dua tempat ni kita rotate setiap masa sampai hujung bulan menjelma. Macam tu la hari demi hari dan bulan berganti bulan.
Dan akhir kata sebab kata-kata lain dah tak boleh terucap ni. Serius aku minta maaf kalau ada apa-apa yang buat korang terasa. Mulut aku selalu je kan lepas cakap. Dan kalau ada apa-apa hutang yang aku terlupa sila bagi tahu. Ni yang terlupa je tau. Mana yang aku ingat aku gaji nanti aku bayar. Wakakakka!!!!
Selamat tinggal kawan-kawan....Datang ke Melaka jangan lupa roger hokey!!! Ada rezeki boleh la aku main masak-masak dengan korang lagi.
15 comments:
huhuhu sedey gak weh. pasni aku gosss ngn ko thru phone je la, tu pun kalau ko sudi ;)
sedey siottt...jgn lupa aku yerrrr...pepehal roger...
hengat jugak mentioned nama kakak glam kau nie..miahahaha...perghh byk giler rupanye kenangan sesama kita khennz..budi baik dikenang sampai mati, yg tak baik tu tak simpan di dalam hati..mari laa kita sama2 berinteraksi di alam virtual-lity
hany : bab story mory mesti la aku sudi bebenor.... huhuhu. ok tak leh taip lelebih sbb sedih
rini : aku tak kan lupa ko. huhuhu. dan lupa kan mama adam kat dhira tau. hahaha. biar dia igt aku sampai besar
kak doll : fanjang nya fantun. sangat ber IT itu pantun. msti la saya tak lupa kak. kalau saya dtg putrajaya nak amek gambo kat tasek putrajaya tu saya roger kak eh
cewahh..kau dtg putar jaya takat nak g tasek x menyinggah rumah ada aku hambat kau anak-banak!miahahahah..keep in touch k!
mmg sedih meninggalkan teman2 yg dah dianggap bagaikan keluarga sendiri...tp insya'allah akan lbh bahagia krn lbh dekat dgn suami n adam rayyan...
p/s: asfa melaka dok kat mana?
Walaupun aku ni menyibuk jer kat sini, tapi aku pun tumpang sedih jugak...huhuhu...
sy plak sedih2..woo..
semoga ditempat baru nnt..lebih murah rezeki..;)
take care...terima kasih untuk segala pertolongan, teguran, nasihat dan segalanya..terima kasih tlg kenalkan mak andam untuk tunang..semoga suksess selalu..aminn
ehemm...aku dh smpai melaka..tp GPS melaka fail..hahahah..anyway nxt time aku g sne..pls be my good GPS..hehehe..good luck at new place!
uwaaa sedih weeii...bila duk umah ni teringat je ngan member2 keja..keep in touch k as..gonna miss u & adam
xpe2 leh kee in touch lagi :D
mamamya : kat area bukit katil kak
jhs : aku pun sedih...
nens : amin...
lady d'yot : welcome dear
dayah : aaahhhh ko mmg fail. dah bagi arahan pun fail. huhuhu. tu alasan utk ko dtg melaka lagi hokey
azie : miss u tooo kak
dini : haah blh je
hidup mesti diteruskan..kekadang perubahan tu suatu yg bagus sebenarnya....
Post a Comment