LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 9, 2012

Muntah-Muntah And Berak-Berak

Cerita full pasal Rayyan Adam diserang muntah-muntah yang tak berenti. Diikuti dengan berak-berak. Sangat terseksa baby macam Rayyan Adam menanggung kesakitan yang kita tahu apa rasa nya.






Actly, petang Sabtu tu kami semua dapat call dari kampung yang Pak Long dah meninggal. Kebetulan pulak ada orang order apam. Nasib baik dah siap. Tinggal nak pas je la order tu.


Setel semua, bersiap la mengemas nak balik kampung. Last sekali cari botol susu Rayyan Adam tak jumpa. Aaaa sudah. Mana pulak budak ni campak botol susu dia. Ni kita semua nak kejar masa sebab jenazah kat kampung tu bila-bila masa je akan siap dikebumikan.


Maka mencari la botol susu. Kat situ je dah amik masa. Spare memang tak de buat masa ni. Selalu ada gak yang lama-lama tu saya spare kan.


So kami decided singgah je mana-mana kedai beli baru. Berenti kat kedai. Main amik je botol cap biasa-biasa. Biasa-biasa pun harga dah 8 hengget.


Terus la bergegas balik kampung memecut dengan laju. 


Malam tu saya bagi Rayyan Adam susu dengan botol baru. Rupanya saya tak kenal anak saya. Serius sayang. Mama tak tahu sayang tak nak minum kalau botol tu lain. Mama tak pernah buat sebelum ni. Yang ni mama terdesak sangat. Tak de pilihan. Mama nak cepat.


Sepanjang malam tu Rayyan Adam pegang je botol. Tak minum pun. Puas dipujuk.


Dalam pukul 4 pagi macam tu dia merengek. Benda ni biasa nya dia nak susu. Bila saya bagi dia minum macam biasa. Tak lama lepas tu terus muntah semua susu yang diminum nya tu. Ya Allah!!! Dalam gelap pun dia tahu tu bukan botol dia. Maybe dia bau lain.


Terus-terusan merengek. Lepas muntah tu saya try lagi bagi susu lain. Pun keluar balik. Sudah nya, Kak Ana kata, budak ni tak sihat kalau semua yang diminum muntah. Dah jangan bagi susu lagi. Dari pukul 4 pagi tu sampai ke subuh 3 kali beliau muntah. 


Penat punya pasal, kitorg laki bini bangun pukul 10 pagi kelam kabut nak balik Melaka. Ni adik beradik pelik la kenapa nak cepat sangat balik. Ikut kan boleh je nak tunggu sampai kenduri tahlil malam tu. 


Kitaorg cakap nak pergi klinik. Diorg pelik. Kalau nak pergi klinik, kat Air Hitam pun banyak klinik. Tapi tu lah. Kitorg nak pergi klinik panel. Apa-apa hal senang nak admit. Kalau bukan panel tak boleh.


Maka sepanjang jalan dari Air Hitam ke Melaka saya suami isteri habis terkena muntah si kecik tu. Bagi apa pun semua tak boleh masuk. Susu memang dah riject la. 


Sampai Melaka, Rayyan Adam dah lembik. Doctor cek perut nya penuh angin. Doctor suspek keracunan makanan. Doctor bagi pilihan sama ada nak balik cuba makan ubat dulu atau admit masuk air dalam badan.






Saya terus buat keputusan admit and masuk air. Anak saya dah lembik sangat. Then doktor buat reference letter sebab we all nak guna insurans. Ha tu sebab nak pergi klinik panel. Apa-apa jadi senang.






Sebelum register, kitorg singgah jap kat Melaka Mall. Beli botol susu Avent. Serik dah wei beli yang bukan selalu dia guna. Saiko la budak ni. Tekak nak yang mahal jek.


Kan tadi mula-mula saya cakap, doktor suspek food poisoning. So, bila ada family or kawan-kawan tanya we all jawab food poisoning la kan.


Mula-mula macam pelik jugak la, apa hal pulak food poisoning. Kalau dia kena, kenapa orang lain tak kena. Biasa, keracunan makanan ni ramai yang kena kalau makan benda yang sama.



Masa ni nampak tak muka dia pucat lesi. Badan pun lemah je. Memang dah tak mampu nak melawan apa-apa pun yang nurse buat kat dia. Sedeeyyyyy weiii tengok anak macam ni!!!




Then bila pakar kanak-kanak dah cek semua, Rayyan Adam dijangkiti rotavirus. Apakejadahnya rotavirus pun masa tu we all blur-blur je. Now dah tahu la apa kebenda nya binatang ni.


Nanti kalau rajin saya story mory apa ke rotavirus haramjadah ni. Geram wei!!!



Anak mama kuat kan sayang. Cayok cayok!!!!

5 comments:

SiTi said...

siannyer kat rayyan....dah la muntah2 cerry berry plak...dah tentu2 laa dia lembik....skrg dah sihat lom?

~aSFaLiZa~ said...

siti : skrg dah beransur sihat. alhamdulilah

anitadiana said...

siannya kat rayyan..aqil pun kena gak berak2..sampai sekarang takut sangat nak makan...aqil ckp kalu makan nanti aqil berak....so kurang sangat makan sekarang....

~aSFaLiZa~ said...

anita : tu la. budak nk makan pun dah takut kan

Watie Octoberya said...

hr tu ank sya 2 tahun 9 buln pun munth2 berak2 hmm sakit hati bila nmpk ye yala ank sorang hmm p hsptal bg ubt thn munth n ubt spya x kurang air dlm bdn tp x berhasil trus hr seterusnya p kecemasan dokt ckp x perlu thn d wad sb masih di beri ubt thn munth.. n ubt demam,pas hr berikutnya bby mcm dh teruk bw p klinik swasta hmm dpt ubt trus bg mkn esok pagi dah ada perubahan alhamdulillah tp blum dpt trima makanan sepenuhnyalah,anyway bsyukur sngt bby sembuh..,