LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 22, 2012

Mendotdot Lagi






Alhamdulilah. Ada lagi order 200 pcs dari Puan Mizah. Puan Mizah sms katanya nak repeat order. Alhamdulilah. Tq banyak-banyak


So far setakat ni semakin banyak yang saya buat semakin banyak yang saya belajar.


Hukum alam ye. Makin banyak kita buat silap, makin banyak kita pelajari. Kalau tak buat silap kita tak tahu untuk belajar. Bohong la kalau tak pernah buat salah. Kita bukan dilahirkan terus pandai dalam semua benda.


Pertama yang saya belajar bila apam berlubang lepas dikukus. Tansion tau tengok buruk rupa apam tu. Rupa nya saya tak kacau rata masa nak masuk kan dalam piping beg. 


Kedua bila apam yang dikukus pecah!!! Masyallah. Memang betul-betul menguji kesabaran bila apa yang kita harapkan tak menjadi. Kecewa tahap menangis tau. Rupanya api perlu sederhana. Kalau api besar akan buatkan apam tu pecah selepas dikukus.


Then dari segi pewarna pulak. Silap nya saya order pewarna tu melalui fon sahaja. Orang kedai tu pas kat suami. Saya pun tanpa ragu-ragu guna. Masa tu saya order color hitam. Botol besar. Mahal pulak tu. Bila buat, color dia pecah bila dicombine dengan color merah. Lepas tu dia tak jadi color hitam. Dia jadi coklat. Sedih woooo!!! Selidik punya selidik, rupanya color tu ialah oil based. Sila tahu ye puan-puan. Untuk membuat color apam polka dot yang cantik, hanya pewarna dari water based sahaja yang akan membuahkan hasil yang menawan. Now tak  tahu nk buat apa dengan pewarna hitam oil based tersebut. 

 
Macam tu la ye puan-puan. Kesalahan-kesalahan yang membantu saya lebih banyak belajar. Setakat ni tak de rasa menyesal pun atas kesalahan tersebut.


Dan hasil-hasil yang tak jadi saya lebih banyak sedekah kat masjid. Nak bagi kat jiran-jiran macam tak best pulak. Entah la. Perasaan je kot.


Saya tak jual tau hasil-hasil yang tak jadi tu. Biasa nya saya akan buat adunan baru.Ye la. Orang membayar. 


Dan ada banyak lagi kesalahan-kesalahan kecil yang secara tidak sengaja pun dilakukan.


Dan last sharing is caring orang kata. Sesaja bagi kat jiran tetangga. Dapat bagi 2 rumah jek

5 comments:

Salmi Khairil said...

nak tanya skit boleh tak..sya punya apam hilang dot dotnya ..turun ke tepi atau hilang terus warnanya

Nazz@Purple said...

semoga maju jaya dan terus usaha..

adik nazz ade try wat aritu..apamnya leper tak naik..huuhu..nape eh kak,salah resipi ke?

Unknown said...

salmi : ni yg saya rasa la. dgn rendah diri nya saya bukan pandai sgt pun.

saya rasa dot dot tu kecik or tak menjadi or hilang sbb lubang yg awak gunting kat piping beg tu kecik kot. so bila mendot dot, dot dot nya tu jadik kecik. dot dot besar atau kecik atau hilang bergantung pada lubang piping beg yang digunting. maybe awak boleh besar kan sikit lubang tu


nazz : apam leper maybe sbb api kecik kot. cer try api sederhana. dia jgn api besar sgt n api kecik sgt. sederhana sahaja...

Ardini Humaira said...

whoaa banyaknya! comel lak tu :D

Unknown said...

dni : tq syg