LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 12, 2012

Baby Lemas

Malam tadi lebih kurang dalam pukul 10 lebih 2 orang kawan sms. Mengkhabarkan berita yang tak terduga. 


Kawan lama saya dari darjah satu sampai lah masuk sekolah teknik baru sahaja kehilangan anak sulung beliau lingkungan umur setahun. Puncanya lemas dalam bilik air di rumah pengasuh.


Ya Allah!! Masa ni tidak lain tidak bukan terus teringat Rayyan Adam. Hanya Rayyan Adam dan Rayyan Adam.


Sebagai seorang ibu tentu sahaja saya terusik dengan berita-berita yang sebegini. Apatah lagi perkara yang berlaku terjadi pada kawan yang memang saya kenal. Mungkin pagi ni jenazah sudah selamat dikebumikan.


Baru sahaja beberapa hari lepas saya tengok gambar baby di upload oleh mama nya. Betapa luluhnya hati seorang ibu bila pagi hantar anak dalam keadaan sihat. Petang pulak lain jadi nya.


Tapi ye lah. Siapa lah kita menolak takdir Tuhan. Semua di atas dunia ni pinjaman semata-mata. Cepat atau lambat akan ditarik juga akhirnya.


Takziah buat sahabat ku Noor Azura Mohd Aliman dan sesungguhnya Muhammad Qayyum Zikri menanti kau di sana Zura. Tabah kan hati sahabat ku ini Ya Allah.

5 comments:

Lady D'yot said...

alfatihah...

Unknown said...

al-fatihah..
terus teringat kt ammar umah pengasuh die..hope die dilindungi Allah..;)

Cik Puan Diksu said...

takziah..al-fatihah...Moga dicucuri rahmat.

Myra Jay said...

Innalillah..

Takziah buat keluarga mangsa..

Mesti lebih sedih sebab kecuaian pengasuh kan..

munna said...

al-fatihah...berita2 mcm ni sebagai ibu yg ada anak mmg sayu hati di buatnya..semoga kawan asfaliza tabah menghadapi dugaan ini