LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 11, 2012

2012


Oppppsss dah 11 Januari baru nak update ye cik kak oi. Huhuhu. Tak pe la. Apa pun sekarang masih dalam mood tahun baru lagi kan. So, selamat tahun baru ye kawan-kawan.


2012 everything is new for my little family.


1st of course for si kecik yang hensem tu. He was at school. So mencuti la emak nya bagai kan anak nak masuk darjah 1. Siap ada orientation kau.... Tapi orientation for mak bapak la kan. Untuk anak nak buat apa. Bukan reti apa pun lagi.



Budak yang dah pergi school tapi melalak minta tolong mak bapak nya bila teacher start peluk dia



Then, of course the big change in our life bila tepat-tepat 1 Januari kitorg dah pindah masuk rumah baru. Alhamdulilah. Syukur sangat pada Mu Ya Rabb. 


Style saya bila pindah memang takde pakai kotak or mencari kotak. Serius pemalas nak buat susun atur kat dalam kotak. Lantas, plastik sampah adalah pilihan utama untuk melanting barang-barang yang ada. Ni bilik pertama ok.


Bilik kedua. Juga plastik sampah lagi


Dan ini hasil keseluruhan plastik yang akan dipindah masuk rumah baru.



Siapa suka pindah rumah angkat tangan tinggi-tinggi!!!! Oh!!! Saya tak suka pindah rumah. Penat mak datuk. Dah la yang packing semua barang adalah saya seorang sahaja ok. Suami saya tak de bakat langsung bab mempacking barang. 



Ya Allah pindah rumah betul-betul menguji kesabaran saya. Dengan tak sihat nya. Tapi kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrr..... Dengan anak nya super pengacau.


Tengok la ha mahu tak super duper pengacau. Sibuk mak bapak nya mengemas, dia ada hal dia sendiri.



Setel hal pindah masuk rumah baru. Alhamdulilah. 



Kemudian kami semua berkumpul adik beradik kat kampung. Tapi kat rumah abang Didik. Buat kenduri doa selamat sikit untuk mak. Majlis untuk mendoakan kesihatan mak kembali sembuh. Semoga doa semua termakbul. Juga buat sedikit tahlil untuk kalangan keluarga yang telah pergi. Harap arwah abah dan arwah Abang Ngah tenang di sana. Terima kasih juga buat abang Didik sebab sudi membuat tahlil untuk kedua-dua arwah mertua saya. 




Waktu membaca yasin sebak sangat-sangat mengenangkan segala ujian yang Tuhan beri kepada kami semua. Juga saya saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menziarah emak saya yang kurang sihat. Kepada sedara mara. Kepada kawan-kawan saya. Kepada semua kenalan. Semoga semua nya mendapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa. Sesungguhnya ganjaran untuk orang yang menziarah orang sakit itu pasti dalam genggaman.


Ok nk stop pasal mak. Sedih. Apapun hati saya kena kuat. Hati saya kena tenang. Saya kena jugak sebab saya nak mak sentiasa gembira. Tak kisah la ajal siapa yang sampai dulu. Kita tak boleh nak duga takdir Tuhan. Tapi sekurang-kurang nya saya akan usaha seberapa daya untuk mak walaupun hati saya, badan saya yang terluka. Insya-Allah

6 comments:

SiTi said...

wahhh rayyan dah masuk school laa....so cmne dia skrg nagis lg ke x...?


syok nya dpt pindah masuk rumah sendiri...tp penatnya sebulan kot baru nak hilang....tmbh2 klo kita laa yg packing...& kita jugak laa yg unpack....

hope mak cepat pulih ye....mak ct pun g mandi air panas gak....utk bolehkan mak berjalan mcm biasa....

munna said...

alhamdulillah...semoga tahun ni lebih dari sebelumnya

gee ryder said...

tak bole letak luar rumah plastik sampah tu...bahaya! hehe

~aSFaLiZa~ said...

siti : of cos rayyan nangis. mak bapak nya pun nangis. penat mmg penat pindah tapi sgt2 puas hati. g kolam air panas ni pun salah satu alternatif. janji kita usaha


munna : tq kak


gee : tahu tak pe. ni letak luar bila lori dh sampai kak oiii. hahhaha

Ardini Humaira said...

salam tahun baru kak :D
dni baru pindah rumah.. lagi haru... dari kelantan ke miri.. huhu

~aSFaLiZa~ said...

dni : salam. mak aiiii.. pingsan akak dik dengau. jauh nya mak datuk