LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 21, 2011

Perkembangan Stroke Mak

Ok sekarang mak telah ditahan wad untuk kali kedua pulak. Mula nya sebab mak asyik gelap mata. Ingat mak hypo. Ye la. Kan waktu-waktu macam ni kena kontrol gula mak. Rupa-rupanya, yang gelap mata tu sebab effect daripada penyakit stroke tu sendiri.


Menjaga mak sakit kali ni beza sangat-sangat. Anggota badan mak sebelah kanan dalam keadaan lemah lagi. But still boleh gerak, boleh rasa. Cuma mak kata, berat.


Lagi terasa sekarang ni bila segala pergerakan mak memang kena dibantu sepenuh nya.


Sebelum mak ditahan wad untuk kali kedua, kitorg hantar mak berurut kat tempat yang memang urut pesakit angin ahmar. Dalam masa yang sama, saya nk say thanks kat semua kawan-kawan yang bagi tahu tempat tu, tempat ni untuk rawat pesakit stroke. Yup, saya hargai sangat-sangat.


Cuma ye la. Sakit saraf yang macam ni orang kata tak boleh campur banyak tangan sangat yang mengurut. Mana lah tahu, orang tu tekan urat ni, orang ni tekan urat ni. Karang jadi kelam kabut pulak urat-urat yang ada.


Ikut kan hati ni, memang semua kita nak pergi. Tapi orang kata, orang tamak selalu rugi. So, kita sabar untuk satu-satu dulu. Mana yang sesuai kita go on. mana yang tak sesuai kita tunggu je dulu.


Oh ye. Ada jugak sorang pakcik ni masa kat hospital dok rayau-rayau tanya keadaan mak. Tanya mak sakit apa. Then dia bagi tahu dia memang ubat kan macam-macam orang. Lepas tu dia mintak air and tanya nama mak apa. Dia ada jugak lah sentuh-sentuh kaki mak and baca-baca ayat-ayat Quran.


So kita bersangka baik je la dengan orang yang macam ni. Dalam masa yang sama saya hadiah kan jugak RM10. Mana lah tahu dengan air dia tu and doa dia mak boleh sembuh.


Buat masa sekarang mak tak boleh keluar hospital lagi sebab:

  • Darah mak turun naik turun naik. Doctor kena buat 2 bacaan. 1 bacaan masa mak baring. 2 bacaan masa mak duduk. Dua-dua bacaan adalah jauh berbeza. Kalau masa baring dalam 140++. Kalau masa duduk 90++.
  • Glucometer mak pun dok turun naik turun naik jugak. Kejap 7. Kejap 11. Kejap 16.
  • Ni penyakit baru ialah tentang serangan jantung mak. Serangan tu kecik sangat. Doctor kata, nak kata ada, tak de. Nak kata tak de, ada. Itu yang still kena pantau lagi.
  • Mak asyik lah gelap mata. Ini effect daripada stroke. Ye la. Dah lama tak bangun. Bila bangun sikit, gelap mata. Gerak sikit gelap mata. Pening. Kepala pusing-pusing









Apa pun. Ubat yang paling mujarab untuk mak ialah kekuatan. Mak kena kuat semangat. Mak tak boleh stress. Tu yang doctor kata mak macam ada sikit serangan jantung. Siapa pun. Tiba-tiba tak boleh cakap. Mahu tak sakit jantung dibuat nya.


Harap mak tabah. Sebab diri mak sendiri yang kena lawan penyakit ni. Mak tak boleh takut untuk bergerak. Please mak. Jangan putus asa ok. Nanti mak  baik, kita pergi jalan-jalan ye.