LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 16, 2011

Berdengkur


Apa itu berdengkur?


Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.



Sebab-sebab berdengkur


Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak


Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.


Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.


Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.



Komplikasi


Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.


Rawatan


Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?


Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.


Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.


Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.


Rawatan untuk dengkur


Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".


Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur

• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur

• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat

• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari

• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang

• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang


Sumber : SINI


Eh kenapa cite pasal berdengkur kat dalam blog ni.


Alkisah nya ada la sorang opismate ni ada penyakit ni. Kesian la hai. Baru duduk kejap dah start bunyik. Beberapa kali time drive terbabas sebab tiba-tiba tertidur. Bahaya kan...


Kekadang... Kat opis ni memang boleh mendatangkan amarah kat semua orang sebab mendengar buyik tersebut. Mujur la setakat ni, belum kantoi lagi dengan bos.


Kalau tahu masa tu bos nak masuk, ha kita ni pakat-pakat la kejut dia. Paling koman, kita buat-buat borak dengan dia sebab nak cover line. Kang tak pasal-pasal sebab dia, kita pulak terkena tempias. Baik kita sama-sama berkomplot. Wakakakkaa!!!


Eh tapi kalau dia baca ni or wife dia baca, rasanya tak baca kot hope info kat atas dapat la membantu sedikit sebanyak untuk kesihatan dia dan ketenangan kami semua. Wakakakka!!!


Kalau laki aku yang berdengkur ni memang dah kena pelangkung ni.


Sekarang ni pun masih tengah mendengar bunyi itu...
 

4 comments:

Anonymous said...

Setakat berdengkur tu, aku boleh pekakkan telinga lagi..tapi bila dah sampai nak hempap aku..tu yg aku lari tuhh..wakakaka...

Unknown said...

jay : pandai kau lari selamatkan bontot kau eh

dayakhs said...

hek eleh jay..pkai nickname "Anonymous"..ape kes..

Unknown said...

dayaks : aku tgk drpd rentetan cite dia, aku tahu dah siapa yg ada sejarah nk kena hempap. tak lain mmg dia la org nya