LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 6, 2011

Suami gagal lampias nafsu cuba bunuh diri

Suami gagal lampias nafsu cuba bunuh diri


AMPANG: Hanya kerana isteri menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks, seorang suami bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, namun berjaya dihalang isterinya, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di rumah pasangan itu di daerah ini, suami berusia 27 tahun itu mengajak isterinya berusia 29 tahun untuk melakukan hubungan seks, namun permintaan itu ditolak dengan cara baik.

Menurut sumber, tindakan isterinya menyebabkan suami naik berang lalu memaki- hamun wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka.

“Lelaki itu kemudian pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum masuk semula ke bilik lalu meletakkan pisau di perutnya sambil memberitahu mahu membunuh diri,” katanya.

Sumber berkata, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menepis pisau dipegang suaminya itu.

Namun, lelaki itu mengambil semula pisau yang jatuh ke lantai dan melakukan perkara sama sekali lagi selain menyuruh isterinya menikamnya pula.

Berikutan tindakan itu, isterinya sempat merampas pisau dipegang suaminya itu sebelum keluar membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sumber : METRO



Ayoyoyo takut je dengau. Siap nak ugut-ugut bunuh diri. Ala consider la sikit bini kau kot-kot penat ke. Letih ke. Period ke.



Yang si bini nya pun, alahai. Layan kan je la apa laki kau mintak. Adeh. Kelakau la dengau cite-cite gini.



Nasib tak kena geget anu nya macam kes yang dulu  tu



Hmm... masing-masing punya hal rumah tangga. Apa hal pulak saya nak menyebok ye. Cuma macam kelakar je la. Hope rumah tangga kita semua aman damai ye puan-puan. Amin

4 comments:

Anonymous said...

umakaiii ... gilo meroyan ke hape

Unknown said...

zura : hehehhe. mcm2 hal

Encik Jay said...

Laki mana boleh tahan owhh..emo owhh...hahaha..

Unknown said...

jay : ko tergolong ke. hish hish hish. naya je kat bini