LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 8, 2011

Hargai Tetamu

Memandangkan hari dah nak dekat raya ni, meh nak tepek entry berbentuk tazkirah sikit buat sahabat handai, kaum kerabat mahu pun sesiapa yang membaca entry ni. Ala... Tazkirah ke benda nya. Tak layak pun nak kasik ceramah. Hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga anak-anak kelak. Jangan ada pulak yang terasa makan cili di sini ye.




Ada orang suka bagi alasan kalau ada sesiapa yang nak datang rumah dia. Contoh yang pernah saya dengar, si tetamu dah siap-siap contect nak datang rumah dia. Orang ni dah gelabah semacam. Sebab malas nak layan tetamu. Especially nak masak bagai. So, nak tak nak bantai je la cakap, eh aku tak de kat rumah lah. Aku balik kampung




Buruk perangai ni ok.



Satu lagi. Kata lah tetamu ni bagi salam dah kat pintu rumah. Yang tuan rumah ni sama jugak perangai malas nak layan tetamu. Ala... Apasal lah kau datang rumah aku yek. Apa lagi. Jenuh lah tetamu bagi salam. Tuan rumah buat dek jek. Dia diam je sampai orang tu balik. Konon-konon tak de orang kat rumah.




Yang ni pun buruk perangai. Kesian kat orang yang susah-susah datang nak ziarah kita. Ala bukan orang datang nak kasik perabis makanan kat rumah kau la. Bukan selalu. Kalau selalu dah lain ceritanya.




Saya tak tahu la kenapa rasa nak tulis pasal benda ni. Mungkin sebab saya di kalangan keluarga besar dan suami pun keluarga besar. Jadi, rumah kami selalu je dikunjungi tetamu. Walau pun kunjungan tersebut bukan pada waktu yang tepat.




Contohnya, di saat duit kita dah nak habis. Maknanya, duit tu memang tinggal cukup-cukup nak sampai gaji. Tapi ada orang datang pulak. Konsepnya kalau orang datang, harus lah kita jamu. Jadi, kalau nak jamu kena lah membeli apa yang patut. Ni duit dah tak de.




Jangan takut. Setiap orang ada rezekinya. Mana yang patut lah kita hidangkan. Kalau hidangkan nasi lauk telur atau ikan bilis pun, kita masih berusaha untuk hargai tetamu. Yang lain terpulang pada tetamu tu untuk menghargai lauk yang tidak seberapa itu kan. Mana ada lebih, kita kasi lebih. Kalau tak de, buat cara tak de.




Kadang-kadang tu, ada pulak orang datang, time kita nak berehat. Alahai. Datang nya hujung minggu masa kita nak tidur sampai tengah hari. Kacau je kan?




Tak baikk.... Tidur bila-bila boleh tidur. Tapi masa untuk bersama dengan tetamu yang susah-susah datang rumah kita bukannya selalu. Sekadar yang termampu kita layan. Tak payah lah benda tak de, nak di ada-adakan.




Bak kata suami saya, sampai bila kita nak tidur. Then, kalau takut nak masak pun, takkan nya habis la makanan kita. Sesekali. Bukan selalu. Kalau selalu, baru kita cari 1001 alasan.




Ada pulak yang jenis suka menerima BFF je. Alahai. Tetamu lain walaupun sedara, dia akan cipta lah banyak alasan. Ada jugak ye jenis orang macam ni.

3 comments:

Unknown said...

sama2 kite mengambil contoh dan teladan yg baik kan...

munna said...

EN. ABG MUNNA SUKA KLU ADA TETAMU NAK DTG ...MULALAH MCM MENU DIA NAK HIDANGKAN....

Unknown said...

neni : yup. mana yg baik kita buat l akan


munna : bila tgk akak selalu masak memasak dah tahu dah akak jenis yg suka layan tetamu. time ni la kita nk tunjuk skill kan kak