LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 24, 2011

Pasal Baju Raya

Wohaaa!!! Puasa tak masuk lagi dah sibuk bercerita pasal baju raya ye. Habis sana sini orang sibuk bercerita. Saya pun nak jugak join share apa cerita saya ada.




Ikutkan hati mak bapak macam dah tak kisah nak pakai apa kan raya ni. I mean, kalau cari last minit pun tak de masalah. Now, kita dah ada anak. Exited nya memang terlebih sudah. Bab nak hias kan anak, siapa yang tak teruja.




Tahun ni, suami decide tak nak baju melayu. Sebab nya memang konsep dia pakai baju melayu baru di pagi raya ialah 2 tahun sekali. Eh tapi anak saya lelaki. Tak best la kalau tak pakai sama dengan ayah dia. Macam mana ni? Takkan nak pakai baju tahun lepas jugak. Hish... Kecian tau.




Kalau anak perempuan, boleh lagi saya sedia kan baju kurung baru sama dengan saya. Huhuhuhu. Next time ok.




Saya pun berfikir-fikir apa yang mahu dibuat untuk nampak kan anak dan bapak sedondon. So, ingat nak cari kain yang sama color dengan apa baju melayu yang suami saya ada. Cari 2 meter. Cukup lah hantar kat tailor. Eh tailor tu sape lagi kalau bukan Kak Ana. Hahahaha. Free sudey.




Now ada 2 color yang jadi pilihan sebab suami ada 2 baju melayu yang nampak baru lagi. 1 baju hantaran masa tunang dan 1 baju hantaran masa kawen. Jimat-jimat...



So, kena cari kain antara salah satu color tu untuk match dengan baju suami. Bijak tak? Harap-harap la dapat yek. Dan color tu akan saya match kan pulak dengan kain baju kurung saya pulak. Ala, baju orang perempuan senang je nak cari color. Dapat tempias sikit-sikit jadi lah.




Dan awal bulan ni dah start pencarian jeans untuk si bujang itu jugak. Now memang target jeans dulu. Sebab? Walawei!!! Jeans budak lelaki mahal-mahal nok. Selai paling murah 35 hengget. Lepas tu bukannya senang nak cari material yang lembut-lembut. Banyak jeans adalah keras.





Lepas tu baru la sibuk cari baju mak bapak ye. Apa-apa hal pun anak dulu. Kasi anak beraya sakan. Time kita dah lepas. Anak mesti lebih exited kalau dia dah mula mengenali apa erti raya.




Uwaaaa!!!! Nak balik kampung!!!!!

5 comments:

fazilzura said...

wah awal nye

munna said...

bila dah ada anak mmg anak diutamakan dulu....

~aSFaLiZa~ said...

zura : kena buat sikit2. hehehhe

munna : haah kan kak

Nens Collection said...

sy pon dh buat persediaan..tahun ni pon paksa ayah die pakai baju melayu sbb nk anak sama ngn ayah..kalu pom senang kan?..tiap2 ari pakai sedondon pon x kesahh..hehe

~aSFaLiZa~ said...

nens : hahhaha. tahu tak pe. org lelaki kena paksa2. hahhaha