LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 14, 2011

Jajan




First dulu, bila anak dah mula pandai makan macam-macam rasa tak nak ajar makan jajan. Ye lah, sekarang kan macam-macam kandungan jajan ni. Dah tu boleh sebabkan obesiti bagai.





Sebelum ni pun makan jajan or gula-gula kalau ada orang bagi je. Kalau orang bagi kita amik je. Tapi ada certain mak bapak ni direct tau cakap kat orang yang bagi ni, eh aku tak ajar anak aku makan jajan.




Tapi bagi kami suami isteri, kami amik je. Time ni lah anak ada can nak makan jajan. Sebenarnya tak nak kecik kan hati orang yang bagi tu. Orang berbudi kita berbahasa. Ye tak. Orang nak main-main dengan anak kita dah kira untung.




Cumanya, kalau budak ni dah besar, kita kena lah ajar jangan amik jajan daripada orang sebarangan. Itu dah lain cerita pulak kan.




So, berbalik pada cerita. Dulu memang kata tak nak ajar sangat. Tapi bila kita pergi kedai tu kan. Rasa tak sampai hati tak belikan something. Jajan ni sampingan je lah. Biasa nya saya as mother, saya akan beli kan makanan yang berbentuk jajan. Huhuhu. Itu istilah saya lah. Contoh macam roti gardinear yang berapa sen tu. 




Ha yang macam tu kan macam bentuk jajan. Tapi kalau ayah dia. Kompom betul-betul jajan. Ada sekali tu dia beli jajan dalam kotak yang ada mainan tu. Kalau kita dulu TORA la, apa lah. Ni brand apa entah saya pun tak kenal.




Actly, benda ni ikut kan memang lah tak elok untuk kesihatan kanak-kanak. Selagi kita boleh tegah, kita tegah. Di samping kita bagi jugak, kita kena lah terangkan apa keburukan makanan ringan ni kat diorg bila diorg dah faham tentang perkara ni.




Bukan apa. Takut nanti bila budak-budak ni dah sekolah, kat sekolah ada macam-macam jual, terus jadi macam culture shock. Jakun. Terus jadi gian sebab sebelum ni tak pernah jumpa. 




Dikhuatiri.... Sebab saya ada pernah jumpa budak-budak yang macam ni. Mak bapak punya lah tegah tak kasi makan. Bila kita kasi, budak-budak ni jadi jakun yang amat. Maaf cakap lah. Macam gelojoh pun ada.




Nak-nak kalau yang tetiba dapat tawaran masuk universiti or asrama. Time ni kawan-kawan bawak bekalan tu semua. Baik-baik mak bapak ajar makan nasi. Terus tukar menu.




So, ibu-ibu luar sana. Tepuk dada tanya selera. Saya tegah tak, tapi tetap kawal pemakanan si bujang ni. Kalau dah berlebihan sangat, mesti lah kita marah kan.

4 comments:

zaidah said...

bila dah rasa sedap makan jajan..tu yang terbawa2 gie asrama n universiti..lelagilah klu mak bapak tak tahu...

~aSFaLiZa~ said...

zaidah : itu la pasal

azie said...

mcm akk bg jugak dia jajan..tp tgk jajan jugak..kalau rasa ok bagi le..kalau tak sorok dr dia...selalunye jajan yg org bagi le kan

~aSFaLiZa~ said...

kak azie : yup. tgk keadaan kalau kita nak bagi. nak tegah pun budak2