LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 15, 2011

Faktor Kerjaya Menjadi Kekangan


Pengalaman saya melihat ramai kawan-kawan berjaya melebihi jangkaan saya ketika zaman kanak-kanak dulu. Sedikit bangga bila dengar ada kawan-kawan yang bergelar cikgu, doktor malahan ustaz pun ada.



Tak kurang juga ada yang hanya bekerja kampung. Semuanya masing-masing punya rezeki. Bukan ke semua itu urusan Tuhan.



Masa berlalu terlalu cepat, hingga segalanya berubah sekelip mata. Zaman kanak-kanak, zaman comot, berlari bermain remprit one to jaga. Main kejar-kejar. Sambil nyanyi nenek-nenek si bongkok tiga. Bukankah semua itu kenangan yang indah. Semuanya segar.



Sekarang, pada kita yang hanya biasa-biasa ni, rasanya mungkin gurauan di zaman kanak-kanak dan remaja itu tidak berubah. Tapi itu lah. Dek kerana faktor kerjaya. Segala bentuk imej perlu dijaga.


Walhal, sebelum berjaya dalam meniti alam dewasa, mereka masih seperti biasa. Masih seperti dulu. Tiada apa yang perlu diubah.


Imej perlu dijaga. Ayat-ayat berbaur gurauan dari seorang rakan yang biasa-biasa ini perlu ditapis. Mungkin faktor sebenar kerana kerjaya. Tidak mahu orang mengenali siapa dia dahulu.


Dan kerana itu, saya antara yang berjauh hati dengan rakan-rakan seperti ini. Apalah guna accept di fb atau di blog atau di mana-mana laman sosial andai kenangan yang seperti dulu mahu dilupakan terus.



Percaya lah. Saya masih seperti dulu. Juga masih comot. Juga masih tidak cantik. Juga masih hitam seperti berjemur di tengah terik mentari. Hati saya, perasaan saya, naluri saya, masih seperti dalam kenangan itu.

2 comments:

Nazz@Purple said...

makin hr makin dewesa..mungkin tidak lg sama mcm dulu..knangan dh tentu sesutu yg takan dilupakan

~aSFaLiZa~ said...

nazz : betul tu