LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 16, 2011

Bapa Acu Pistol Marah Cikgu Denda Anak


KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.


Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.


Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.


Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.





Dulu masa saya sekolah, kalau ada Hari Terbuka, satu je ayat arwah abah yang wajib dia cakap kat cikgu kelas,



Kalau anak saya jahat, belasah je cikgu. Tak pe. Saya bagi.



Hmmm... Dan nanti kalau anak saya dah mula bersekolah, saya tak tahu apa tindakan yang perlu dibuat andai ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.



Dan juga saya tidak tahu apa pendekatan yang sesuai. Adakah saya akan mempertahankan anak saya jika benar anak saya tidak bersalah, tetapi cikgu berlaku tidak adil.



Atau, saya hanya membiarkan urusan sekolah dilaksana oleh cikgu semata-mata seperti apa yang arwah abah buat pada semua anaknya. Malah, kalau memang benar anak abah tidak bersalah, abah tetap kata anak nya salah dan jadikan ini sebagai pengajaran.



Ye. Pada saya, semua itu masih kabur. Saya tidak tahu.  

6 comments:

pena rozie said...

Ganas gak mak ayah zaman sekarang yer...

Unknown said...

rozie : huhuhu. tu la. mcm2

munna said...

YA ALLAH...DULU KLU CIKGU MARAH SIKIT JE DAH TAKUT....SKRG NI SIAP BAWAK BAPA PULA MARAH PADA CIKGU... TAPI NTU MMG SAMSENG AGAKNYA...SIAP ADA PISTOL BAGAI....

Unknown said...

munna : tu la kan kak. dulu lain. skrg lain. time kita pun tak tau mcm mana nak jaga anak2 nti

Nazz@Purple said...

dulu lain skrang ni lain kan..serba salah..

Unknown said...

nazz : ye lah. serba salah jadiknya