LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 13, 2011

Akhirnya Keluar Jugak

Hari Sabtu hari tu balik kampung sebab mak pun dah seminggu kat kampung. So, kitorg decide nak lalu jalan bawah je. Maklum lah nak berjimat.




Masa perjalanan pergi tu, memang saya dok membebel je la kan dalam kereta. Mahu aku tak membebel. Bahna kita ni dah pandai bawak kereta. So, bila orang lain drive tu macam tak betul je. Tu saya lah.




Daripada Melaka-Muar tu macam ok lah sebab lalu AMJ. Then bila dah lepas Parit Jawa yang huru hara sikit. Tak de lah kecik sangat jalannya. Cuma kadang-kadang bila duduk belakang lori, jadi berderet-deret lah kereta kat belakang ni. Tang nak memotong tu jadi seriau kalau tak kena gaya.




Then, kitorg patah balik ke Melaka dah tengah malam tau. Serius mata saya sangat mengantuk. So, suami dengan senang hati nya bawa kereta ikut suka dia nak bawa laju mana. Mana tak nya. Saya kan tidur. So, tak de lah orang membebel.




Serius masa ni memang ngantuk gila. Tapi... Asyik lah terperanjat. Terperanjat apa? Terperanjat kalau kereta melambung sebab suami terlanggar lubang. Tapi dek kerana ngantuk sangat. Lepas terperanjat tu, tidur balik.




Sementara tu, sempat jugak lah mulut saya mengomel. Abang ni jangan la langgar lubang. Perut sayang ni bukan boleh hentak-hentak.




Kan dah kata kan, perut saya ni tak boleh terhentak sikit. Sedangkan masa baru mengandung 5 minggu pun dah bleeding. Balik rumah, esok paginya terus period.



Bayangkan daripada pergii Langkawi bulan 3 hari tu tak period-period sampai sekarang. Dek kerana hentakkan dalam kereta tu dengan senang je period. Memang lah amik family planning. Dan doktor pun kata, kalau tak period bukan sebab mengandung. Tapi ada jugak kan orang yang amik family planning ni mengandung. Tu yang cuak jugak tu.




Jadinya tak de lah tertanya-tanya lagi mengandung ke tak. Darah pun dah keluar. Huhuhu. Sudahnya suami kena tolong pergi belikan pad kat kedai. Hohoho. Saya mana boleh keluar dah. Habis tengah berdarah.

4 comments:

Unknown said...

hehehe..dh period lega la kan..kalu x tertanya2 jek..hehe

Unknown said...

nens : haah. takut gak kalau ada kita renyah2 ni

Myra Jay said...

Uihh dasyat gak penangan your husband drive smpai terus period.. :)

Tp ok gak mai period nie kan, at least kita tau selamat :)

Unknown said...

MJ : perut As ni yg mmg sensitif. bukan laju sgt pun kete tu. cuma kena hati2 je.