LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 13, 2011

Menyampuk

Dulu kan masa kecik-kecik kalau dengar abah dengan mak berbual, tiba-tiba saya menyampuk, serius makan penampo la jawap nya.




Masa kecik-kecik mana tahu sangat hal-hal kesopanan yang macam ni. Asal dengar topik yang kita rasa kita tahu, ingat kan boleh je nak menyampuk. Tapi ingat sikit. Siapa orang nya yang tengah berbual tu.




Arwah abah memang pantang kalau anak-anak menyampuk orang tua berbual. Takut wei. Kadang-kadang tu bila abah tengah berbual, saya menyampuk konon-konon tahu hal yang berkaitan, terus abah kata, ha kita tak payah cakap la. Dia lagi tahu dari kita. 




Abah cakap macam tu je. Terus saya diam. Saya tahu abah marah. Tak payah nak ugut-ugut makan penampo.




Bila beberapa kali terjadi kejadian menyampuk, then abah cakap hint-hint yang macam tadi tu kan, terus tobat. Memang takut. Kan dah kata tadi, tu pantang abah.




Even mak sendiri pun sekarang, kalau ada cucu yang tiba-tiba menyampuk bajet dia tahu lah kan benda tu, memang mak marah. So, didikan nya tu sama lah tak kira anak atau pun cucu.




Bila dah diajar macam tu dari kecik, mesti lah kita terbawak-bawak hingga ke besar kan. Memang betul, kita dah besar. Tapi tak bermakna kita boleh menyampuk apa-apa isu sesuka hati.




Ni tak bagi salam tak bagi apa. Apa orang cakap ko bantai tahu je kan. Orang pun terpinga-pinga apa hal dia ni tiba-tiba mencelah. Walhal aku tak cakap dengan ko ni.




Saya  pun mungkin kadang-kadang tersilap perhitungan. Ye lah, mungkin kita ni niat nak beramah mesra. Tapi mungkin waktunya kurang tepat. Dan ingat sekali sekala je termenyampuk. Tapi kalau selalu sangat, apa kes?




So kesimpulannya, kadang-kadang kita rimas ok dengan orang yang suka menyampuk ni. Dan kadang-kadang juga kita terjadi seperti itu. Makan berhati-hatilah. Huhuhu....




Semoga saya dapat mendidik anak-anak saya seperti arwah abah bab-bab menyampuk ni. Ada yang makan penampo kalau tak reti bahasa menyampuk sesuka hati. Hahahaha....

7 comments:

Myra Jay said...

Sama la my dad pun xsuka bila anak2 suka menyampuk bila org tua ngah bersembang..
Dan sekarang mJ pun xsuka gak bila orang suka mencelah & menyampuk nie :)

Mama Likha said...

sibuk jahhh nk japok ore kecek ! duk diye2 sudoh lah...! hehehe

Ardini Humaira said...

betul3... kadang2 rimas ngan orang menyampuk. jadi, pesan orang tua2 tu betul, kan.. better jangan menyampuk orang cakap hehe

dayakhs said...

btol..tetiba jadi meluat kt org yg menyampuk..kunun2 die tau sgt la cite yg tgh diborakkan..

~aSFaLiZa~ said...

MJ : pesan org tua selalu nya mmg betul kan


zyee : ho la. ore nok kechek sibuk dia nak kechek


AH : mmg rimas org menyampuk ni


dayaks : aku igt ko org pertama menyampuk entry ni. huhuhuhu

azie said...

masa kazie kecik dulu...cuba laa duk dekat2 dgn mak yg tgh borak2..kompem kena cubit..kalau jauh dari dia kena jegil bijik mata..ha tau dah laa kena blah dari situ hehehehe

~aSFaLiZa~ said...

kak azie : betul tu kak. org tua ni hint pakai mata pun kita dh rasa takut