LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 20, 2011

Air Panas Gadek

Malam minggu lepas suami ajak pergi mandi kolam air panas kat Gadek. Tempat ni letaknya kat area Alor Gajah ye. Tiket dewasa RM4 seorang. Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun RM2. Kanak-kanak bawah 6 tahun free jek.




Suami ajak pergi daripada hari tu lagi. Tapi saya macam malas. Ni dia dah ajak untuk kali kedua, so tak boleh tolak. Ini tips ye puan-puan. Kalau suami ajak anda pergi jalan-jalan or makan angin or beriadah sila jangan tolak. Kalau tak nanti suami bosan nak ajak lagi sebab akan anggap isterinya tak nak pergi.




Nanti-nanti jangan ingat suami yang tak ajak jalan. Pada hal dari awal lagi suami ajak kau yang tak nak pergi. Ni kalau saya lah. Kalau orang lain tak tahu pulak.







First time saya pergi dulu pun dengan suami dan adik dia. Masa tu belum mengandung lagi. Ni kira-kira 2 tahun lepas la. So, pergi yang kali ni, banyak benda dah di renovate.




Kitorg gerak dari rumah dalam pukul 11 lebih. Then balik dalam pukul 2 pagi. Lebih kurang 2 jam lah berendam kat kolam air panas tu.




Kolam air panas ni mak datuk dia punya panas. Untuk mencecah kaki pada kali pertama, memang panas yang amat. Tapi bukan panas yang melecur tu. Tapi panas la. Kat sini ada beberapa kolam. Dan setiap kolam ada suhu-suhu tertentu. Yang bab suhu ni saya tak tahu.




Tapi kitorg cari yang suhu Rayyan Adam mampu untuk cecah kaki dia. Cerita pasal budak kecik ni??? Mula-mula takut. Tapi lama-lama mak bapak dia tak mampu nak kawal dah.




Kejap-kejap, kira dua dua dua (satu dua tiga) lompat dalam kolam. Ni dia lompat kitorg pegang lah. Kalau dia lompat tanpa kitorg pegang mahu tenggelam budak kecik ni. Ceh, konon lah kan orang pandang hebat nau budak kecik ni. Huhuhu. Ye la. Cer anda bayang kan. Kan ni kolam air panas. Kira takjub la budak kecik ni mampu menampung berendam kat kolam air panas.




Dan situasi ni asik lah berulang sampai si kecik ni penat nak tidur.








Biasanya orang yang datang ni orang yang berpenyakit ye. Contohnya macam sakit kulit or angin ahmar. Macam mak kan ada luka yang oprate hari tu. Ha elok lah kalau nak berendam kaki yang luka tu.




Dan kebetulan ada lah sorang lelaki ni datang untuk bawa bapak dia kot berendam. Bapak dia ni dah uzur tau. Siap berdukung lagi. Sangat terharu bila melihat anak yang sudi menjaga orang tua dia. Masa ni memang si anak memberi sepenuh tumpuan merendam dan menjirus-jirus badan bapak dia. Alhamdulilah.








Pesanan penaja : jemputlah datang ke sini. Kolam dia memang sangat puas hati lah. Sebab nya, kata nak air panas kan. So, tahap air panas dia ni memang boleh kasi telur tu sampai masak. Memang best. Masuk pun bukannya mahal pun. 4 hengget. Tapi kalau pergi malam minggu memang ramai orang. Macam hari tu kitorg pergi pun ramai orang. So, kena pandai-pandai cari port nak berendam. Nak berenang pun boleh ok. Ada je yang berenang.

8 comments:

Anonymous said...

suke mandi air panas...

Unknown said...

zura : ni mesti takut dgn air sejuk ni

Unknown said...

akak penah pi sini sekali je masa dok kat melaka dulu...klu x silap tahun 2004....mesti dah byk perubahan kan skrg.....

Kak Amy said...

Kalau balik kampung selalu pergi mandi dekat sana..dekat je dengan rumah mak cik..

Unknown said...

mamamya : meh la dtg lagi kak

amy : wah boleh la pergi selalu. dah dekat je. huhuhu

No Lan said...

klo kat sabah ada air panas poring..mmm nnt kakNo balik semenanjung leh la p sana ek hehe..seronoknyeeeee

Ardini Humaira said...

dni lom penah ke sana lagi. teringin lak :D

Unknown said...

dni : jom2