LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 12, 2011

Mimpi Abah Lagi

Ye, malam tadi mimpi arwah abah lagi. Dah lama rasanya tak mimpi. Rindu sangat kot.



Kali ni mimpi arwah abah belikan botol susu Rayyan Adam. Avant lagi. Huhuhu. Nak dijadikan cerita, mak rosakkan botol susu Rayyan Adam. Saya marah mak. Then abah kata, tak pe, nanti abah belikan.



Abah pergi kedai, beli lah botol baru. Tapi salah botol.



Saya ni boleh dikatakan, kalau tidur mesti mimpi. Macam-macam mimpi. Letih lah asyik mimpi je. Kadang-kadang tu cerita tak logik pun boleh jadi mimpi.



Mimpi je la. Tapi saya rasa macam betul-betul abah ada dengan saya. Terasa dekat sangat. Terasa macam abah ada lagi. Rindu kali ni macam boleh kawal lagi. Kalau tak dah melalak sambil menaip ni.



Kami rindu abah. Orang rindu abah. Semua rindu abah.



Al-Fatihah buat arwah abah. Semoga abah tenang di sana. Amin

4 comments:

fazilzura said...

tu myb windu sgt2 le tu ..

alfatihah tuk uncle

~aSFaLiZa~ said...

zura : tq

mzhany said...

weh tido kaluuu, kaki kasi basuh ahahaa


sedekah alfatihah or yassin buat abahmu..ameen semoga arwah damai di sana...

~aSFaLiZa~ said...

hany : amin