LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 10, 2011

Ibu Mertua Ku

Entry kali ni masih berkisar tentang Hari Ibu. Dan khas ditujukan buat arwah ibu mertuaku Salmah Bt. Baba. Hope suami dapat baca this entry for your mom abang.




Actly, saya adalah bersyukur kerana mendapat suami yang sangat sayang akan ibunya. Ye saya tahu orang lain pun sayang ibu mereka. Saya tahu itu semua. Cumanya saya adalah berkahwin dengan anak emak. So, anda-anda boleh bayang kan bagaimana seorang anak emak.




Yes, suami saya manja. Terlalu manja. Manja yang berlebih-lebihan. Ini mengikut cerita kakak-kakak ipar saya. Dan apabila saya mengahwini suami saya, perkara-perkara ini begitu mencabar kesabaran saya. Sebab saya tak suka orang manja. Saya terkandung dengan orang-orang yang ganas.




First, buat arwah ibu mertuaku, maaf kan As mak sebab As tak mampu nak jaga anak mak macam mana mak jaga dia dulu. As tak mampu nak sediakan makanan yang sedap-sedap macam mak masak dulu. As tak mampu nak layan anak mak macam mana mak manjakan dia dulu. As tak mampu mak...




Kat rumah pun As terpaksa minta tolong anak mak kemas rumah. As tahu. Dulu mak tak pernah suruh anak mak buat apa-apa kat rumah. Mak akan pastikan anak mak cukup rehat, cukup makan. Lauk semua fresh-fresh. Tak nak lauk semalam. Yang ni As buat mak. Tapi bab nasi panas-panas pun As tak mampu jugak. Maafkan As mak.




Dan apabila saya mengahwini seorang anak emak, dalam masa yang sama, suami saya adalah seorang yang penyayang dengan ibu kepada anak nya. Saya sedar akan itu. Dia cuba menghargai saya sebagai ibu anaknya. Syukur pada Mu Tuhan.




Sejak arwah ibu mertua meninggal, setiap kali Hari Ibu tiba, suami mesti ajak saya balik kampung. Suami tak pernah tidak pergi menziarah kubur arwah setiap kali Hari Ibu. Dan juga pada tahun ini. Walau sibuk macam mana pun, suami tetap mencari ruang untuk bersendirian bersama ibunya.




Al-Fatihah buat arwah ibu mertuaku. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga arwah merahmati keluarga kami. Hmmm... Sedih bila mengenangkan Rayyan Adam yang tidak bertemu nenek sebelah ayah. Ye lah. Tidak ada rezeki Rayyan Adam kan. Semuanya pun Qada dan Qadar Tuhan. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya

5 comments:

munna said...

Al-Fatihah buat arwah mak mertua asfaliza..=

Mamamya said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...amin.

~aSFaLiZa~ said...

munna & mamamya : tq

bard said...

tq.tq.tq.

byk perkara abg xblh wat lg..

tlg ajar abg..

tq sbb igt mak walaupun syg hadapi kesukaran masa mak ada lg.

tq sbb syg sama2 hadapi n layan mak masa mak sakit

tq suap mak makan masa hari2 terakhir mak ngan abg..

~aSFaLiZa~ said...

abg : syg tak tahu nk ckp apa. apa pun, air mata syg menitik bila baca komen abg ni. i luv u so much. luv rayyan adam jugak