LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 20, 2011

Kopi Stesen Keretapi Kluang


Punya lah ketinggalan orang Aitam tak tahu alkisah kopi kluang yang popular tu. Tup-tup ada opismate cakap kopi kluang tu haram sebab ada gelatin babi. Oh tak percaya mulanya. Esoknya terus google then caling-caling my makcik kat kluang nak tahu kesahihan cerita ni.




So, berita diterima seperti yang didengar. Tup-tup hari ni keluar berita tentang itu lagi. Berita nya seperti di bawah




KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.



Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah



Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.



Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.



Sumber : METRO




Masa sekolah-sekolah dulu kalau nak pergi Singapore naik keretapi memang menyinggah la minum kopi ni. Dulu mana kita tahu hal-hal macam ni kan. Dah berpuluh tahun pun diorg dok menjual. Semua orang percaya. Apa ada hal minum. Sampai masuk Majalah 3 tau.




Yang setahu saya, owner dia ni mualaf kalau tak silap. Ni kalau tak silap lah. Owner dia kawen dengan perempuan Melayu. Mungkin kat sini ada kesilapan yang tak disengajakan. Kalau dia memang tahu hal ni, maka dia perlu lah lakukan apa yang sepatutnya ye.




Masa mengandung kan Rayyan Adam, saya memang mengidam nak minum kopi kat kluang tu. Lepas tu nak makan roti bakar nya. Masa tu memang asik lah tak berkesempatan nak pergi. Syukur saya tak pergi makan dan minum kat sana. Dan hasilnya air liur Rayyan Adam dok meleleh sampai sekarang. Sampai basah baju. Orang kata budak tu kempunan masa dalam perut. Huhuhu. Ada-ada je.

 
 
 

8 comments:

Anonymous said...

tp betui ker? kut2 ada org nak sabotaj kedai yg dh glam berthn2 lama nye tu kan ..

* emm sian nye anak kuor liur..

Unknown said...

zura : dah penaganalisis kata bahan tu mmg betul. huhuhu. cuma pemilik masih lagi nak menafikan. biasa lah nak bela diri kan

munna said...

kak munna mmg tak pernah pun makan sana... tapi klu kopitiam lain selalu je..kdg was2 juga....

Me, Myself and I said...

As...akak penah buat N3 pasal perkara ini...

Mak Su said...

eeiioouuu..

hhmmm, taktahu nk ckp apa....

Unknown said...

munna : byk je kopitiam mcm ni skrg


kak syam : hehehhe... tak perasan la kak


maksu : sssyyyyy

Rohani Hashim said...

weh, aku pernah mentekedarah kt sini sekali jer...demmm aku makan babi weh...

Unknown said...

hany : ko sgt berterus terang dow