LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 9, 2011

Karnival Pendidikan

Hari Sabtu lepas saja je jalan-jalan. Pada hal malas nak keluar. Tapi kena akur perintah suami. Suami yang ajak. Tengok-tengok ada Karnival Pendidikan kat MITC. Mula-mula berkira-kira jugak nak turun ke tak. Habis dah sampai, tengok je la apa yang ada.




So far masa ni ramai orang jual buku. Then banyak jugak sekolah buat pameran. Kagum lah tengok budak-budak sekolah mengeeksplain pameran sekolah diorg kat pengunjung. Mintak-mintak Rayyan Adam macam tu kalau dah besar nanti.





Jalan punya jalan, jumpa lah benda yang sesuai dengan Rayyan Adam. Ok masa ni memang interested lah kan. Sebabnya macam have fun je tengok dia  punya program ni mengajar kanak-kanak seawal 2 tahun.



Actly, memang best. Dan harga nya pun sikit boleh tahan lah. RM2k++. See kan saya dah kata boleh tahan. Kitorg pun memang suka. Cuma kalau boleh nak amik yang sesuai je lah dengan umur anak kami. Tapi diorg kata, buku-buku yang lain tu free. Jangan  takut kalau awak tak nak. Yang lain tu free.




Hmmm nampak tak logik nya. Sebab total dia offer ada lah dalam 6 set benda-benda tu semua. Benda-benda tu semua termasuk lah buku-buku yang Rayyan Adam belum sesuai sangat dengan umur dia. Maybe untuk budak 4 tahun sesuai lah. Tapi tu pun dia kata free jugak.




Hish!!! Masih tak logik jugak. Sebab kami nak 2 set. 1 set yang macam dalam gambar tu. 1 set DVD. Tapi diorg terangkan kalau beli yang 2 set tu, lain-lain free. And total kena bayar yang macam harga saya cakap tu lah. RM2k++. Siap dengan book case dia kasi free. Kaya kan diorg semua nya free. Beli sikit jek. Free nya banyak. Eh tapi pelik, apasal bayar nya mahal. Mana yang jual, mana yang free entah




So, kitorg kata, kalau macam ni, kitorg nak balik discuss dulu laki bini. Eh benda mahal macam ni memang lah kena bincang. Ada ke dia cakap, takkan lah nak invest untuk pendidikan anak kena bincang dulu. Ini semua untuk anak and bla bla bla bla dan saya dah mula tak berminat nak dengar. Sebab nya dia bangkit kan saya berkira nak kasi anak pandai.




Hmmm... bukan berkira lah wahai encik penjual. Masalah nya, buku-buku yang awak-awak nak jual adalah tidak sesuai lagi dengan anak saya. Nanti tiba masa umur anak saya, berapa banyak dia nak pun saya tetap belikan lor.




So, mereka masih lagi menggoda suami saya untuk menyain beberapa dokumen. Suami layan kan je. Isi borang tu bukan bermakna kami beli. Saya percaya sebab mereka adalah profesional. Kalau tipu, siap lah korang!!! 



So setelah sesi mengkelentong sesama sendiri, mahu pulang sahaja. Hahaha. Almaklum lah kan. Ini tempat bukan tempat shopping mopping.

 



Dan si kecik ni dapat jugak habuan belon tu. Mengamuk nak kan benda alah tu. Memilih lah bapaknya belon bernama Patrick. Kalau terbangun tengah malam binatang ni selalu je buat orang terperanjat. Cis!!!

2 comments:

Rohani Hashim said...

ahah geng geng mLM ni beb, bak kata kak d...hihi

Unknown said...

hany : tu la. layan kan je