Ok ni percubaan kali pertama atas pengaruh rakan sebaya Filah. Saya buat masa Sabtu sebelum Mother's Day. Kira hadiah untuk mak la gitu. Alasan kukuh nak buat makanan Mat Salleh ni kerana
- Mak baru serahkan oven lama dia kat saya. Mak ada banyak oven. Sebab tu saya tak malu mintak 1
- Makanan ni bersumberkan cheese. Saya suka cheese
- Saya suka wastern food
Ok mari kita lihat bagaimana aksi pertama ini berlangsung
Mula-mula kena lah ada ayam. Ye tak. Ayam ni ikut suka hati saya nak besar mana dan nak banyak mana
Gaul dengan tepung gandum. Pun ikut suka hati saya nak pakai banyak mana tepung tu
Kemudian sebijik telur ayam bukan telur orang
Gaul pulak dengan serbuk roti. Kat JJ ada jual. Ada jugak tanda halal. Kalau tak de, kena lah kisar sendiri kot rori kering kasik jadi serbuk
Memandangkan dikhuatiri ayam jadi melekat, Filah cadangkan supaya dibalut terlebih dahulu loyang dengan kertas aluminium. Sila tahu saya adalah kedekut. Beli cap giant sudeyyyy
Tibalah masa untuk membakar. Masa ni exited ok saya dengan mak. Dok tercongok depan oven ni nak tengok ayam ni sampai masak. Sila menjakunkan diri anda
Dukacita dimaklumkan, oven mak rosak. Tunggu punya tunggu sudah 60 minit berlalu. Ayam masih tidak menunjukkan tanda-tanda masak. Tengok-tengok, api bawah tak menyala. Tapi oven panas. Dek kerana telah dikecewakan oleh oven, maka mari kembali ke ceruk dapur mencari kuali. Jadi proses telah bertukar daripada membakar kepada menggoreng
Setelah digoreng, ayam disalut dengan sos spegethi cap Kimball. Memandangkan banyak isu tanda halal terhadap sos cap Prego, makanya cap Kimball menjadi pilihan kerana bertanda halal daripada Jakim
Then ditabur pula dengan cheese berciri Mozzarella. Mantap!!! Oh ye. Sila cari yang halal juga ye
Balut ayam dengan kertas aluminium. Itu adalah tangan master chef ye. Mak la tu
Kasi goreng atas kuali juga
Timun dan daun pudina menjadi perhiasan. Kalau nak pakai yang lain pun boleh jugak
Tadaaaa!!!!!
Kepak adalah saya punya. Nampak cantik je kan hidangan ni.
Nampak gaya, mungkin saya tak ulang masakan ni dalam masa yang terdekat ni kot. Sebab nya suami saya makan sikit je. Dia makan dengan nasi sebab dia perut nasi. Dan juga saya tak mungkin ulang masak sekali lagi kerana suami saya kurang gemar wastern food. Jadi lebih baik saya masakkan beliau ayam masak lemak cili api. Suami saya juga makan degan tidak penuh nikmat walaupun saya telah masak dengan penuh kasih sayang.
8 comments:
terliur la as...sedap jer nampak
Nak buat jugak!!!
kalau camni aku nak goreng je lah, bak kata filah, guna oven bil letrik melambung.ahahah kedekut di situ. tak kesahlaaa skrang plan jimat cermat ;)
gee : buat je kak. senang jek
hany : nak kasi jimat letrik goreng sudeyyy
emm rs nye kalau masak cmni , leh je makan dgn nasik kan ?
zr & huby pun jenis perut nasik, tp kdng2 tu makan jgk western ..
zura : hahahha... blh je makan dgn nasik. ikut atas tekak masing2
terliur kak munna tgk.. nampak sedap sgt
rasa pernah komen entry ni ..hilany ye Asfaliza...
munna : haah hilang. bengang je komen sume hilang kak
Post a Comment