LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 27, 2011

Rokok Camel

Abah orang rindu abah. Abah tahu tak, tiap kali orang terpandang rokok camel ni kat kedai, mesti orang ingat masa dulu-dulu dengan abah. Rokok lain abah tak boleh hisap. Nanti tidur abah batuk masa nak tidur malam. Kalau abah batuk orang marah sebab orang tak boleh tidur kalau bising-bising.



Abah cakap harga rokok ni mahal dari harga rokok lain. Tapi orang tak ingat lah bah harga rokok ni berapa dulu. Mesti sekarang ni lagi mahal kan. Harga rokok dah naik. Lepas tu dulu-dulu kalau nak masuk Singapore abah mesti beli rokok camel lebih buat bekal kat sana. Orang pun tak ingat kenapa abah kena bawa bekal. Harga kat sana mahal or rokok kat sana tak sedap.



Lepas tu abah cakap, orang muda tak hisap rokok ni. Biasa orang tua. Orang pun tengok lain macam je rokok ni. Kalau abah nak bukak kena bakar dulu plastik nya sikit. Kalau rokok lain senang je nak bukak.



Abah, percaya tak kalau orang cakap orang boleh nangis bila tengok rokok ni. Haah. Orang nangis. Orang rindu abah. Ya Allah, pelihara lah abah di sana. Tempat kan lah abah di kalangan orang-orang yang beriman. Amin