Si kecik ni dah berusia setahun enam bulan. So lagi setengah tahun nak masuk 2 tahun. Sekejap je kan masa berlalu. Now dah besar macam-macam perangai dia pandai buat. Seronok tak terkata tengok perkembangan anak. Ya Allah, syukur pada nikmat Mu nan satu ini.
So far, Rayyan Adam baru je tukar saiz pampers di saat usia dia setahun enam bulan ni. Dia dah kena pakai saiz L. Saiz M nampaknya dah tak boleh bertahan. Bocor. Ingat boleh tahan sampai 2 tahun pakai saiz M.
Cakap setakat ni masih kabur lagi. Kak Ana perasan anak saya lambat cakap. Tapi bukan lah tak boleh cakap langsung. Perkataan yang dia pandai
mama = mama
yah = ayah
nek = nenek
ngiau = kucing
bad = bird macam dia sebut nama bapak dia kan. hahahha
Then kalau kita tanya sesuatu mana mana and mana? Dia akan jawab tu. COntoh kalau kita tanya, car mana car. Nanti dia tunjuk la mana car. Tapi dia jawab tu. Kalau tanya orang pulak. Nenek mana nenek? Nanti dia akan toleh kat nenek. So, dia dah mula kenal siapa yang ada di sekeliling dia termasuk lah Eli dia.
Ya Allah!!! Saya teruja sangat nak senaraikan apa yang Rayyan Adam dah pandai buat sekarang. Sangat exited. Ini lah nikmat yang tak terhingga nikmatnya. Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment