LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 31, 2011

Cerita Pasal Langkawi

Ni baru nak start cerita pasal Langkawi. Kan saya ada kata kat sana adalah sangat best best best best gila!!!!! Ye saya sangat suka tempat yang ada banyak tempat shopping. Gila best. Dah la first time datang sini. Jakun pun ye jugak. Mak macam control jek. Sebab dia dah pernah pergi.




So, kat sana memang menggila shopping. Masa hari nak shopping tengok duit tinggal 1k, cakap kat husband tak cukup. Hahahahha!!!! Dia kata, sayang ni bawak 2 ribu pun tak cukup. Entah apa yang nak dibelinya.




Hari kedua tu memang tak plan nak shopping lagi. Tapi sangat lah menggatal ajak suami pergi survey je dulu. So, saya pergi kedai Hj. Ismail tu 2 kali. Saya rasa kedai tu macam ada hantu. Hahahaha. Naik berantu beli barang kat sana. Mula-mula dah siap bayar. Sekali tengok duit ada lagi. Serius. Suruh suami tunggu kejap. Sebab saya nak beli pinggan lagi. Adeh!!!




Idaman Suri pulak pergi sekali jek. Sebab kelam kabut dia kata kedai tu tutup pukul 8 malam. Tu yang malas la nak shoping secara kelam kabut. Kat sana beli fridge magnet jek. Borong banyak-banyak nak bagi-bagi orang.




Kan saya ada kata ada jugak cerita tak best kan. Hmmmm. Siapa kata cuti tu best jek. Hahahaha. Suspen je kan. Ala. Yang tak best nya masa balik Melaka. Nak buka satu kotak set pinggan mangkuk saya. Tiba-tiba dengar bunyi berderai. Hati dah mula gundah gulana.




Conform pecah!!!! Tak best la Air Asia ni. Pada hal dah dah tampal stiker fragile. 6 biji pecah. Patutlah Tuhan masa tu gerakkan hati saya beli yang murah-murah jek. Niat datang Langkawi memang nak sambar vantage ke, corelle. Memang masa tu rasa, hmmm tak payah la beli sekarang. Sebab anak kecik lagi. Takut pecah. Amekawww!!! Nasib baik tak beli. Beli Opal kau.




Then, cerita yang lagi tak best bila ada gambar-gambar kat sana dah terdelete. Rasa macam %$&%$$#@!. Gambar-gambar yang hilang tu masa kat Makam Mahsuri, Pantai Pasir Hitam, Cabel Car, airport Langkawi. Entah lah. Malas nak fikir dah. So, ada kawan saya kata, anggap je lah ada hikmah di sebalik kejadian. Mana tahu kau kena pergi lagi ke Langkawi tu. Hahaha!!! Baik punya nasihat ye.




Tapi memang tersangatttttttttt la best. Memang nak pergi lagi. Rasa macam tak nak pergi tempat lain dah. Hahahaha!!! Gambar-gambar nanti-nantilah upload. Tengah gundah gulana lagi dengan gambar yang hilang tu.

5 comments:

.::SbA::. said...

Pergilah lagi..cuti-cuti 1Malaysia..

~aSFaLiZa~ said...

sba : laju kan ko komen

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

dia suh g lg bwk kite plk..hoho

munna said...

seronoknya bercuti di Langkawi... munna tak pernah lagi ke sana...tgh plan dgn family nak kesana tahun depan..

~aSFaLiZa~ said...

nadia : jom kita pakat g plak nak


munna : mmg best kat sana. rasa nk pegi lagi tau