Bila diingat-ingat semula indah nya saat saya disahkan mengandung 4 minggu. Betapa gembiranya kami suami isteri mendengar khabar gembira ini. Kami menerima ucapan tahniah dari semua orang. Adik beradik memberi sms tanda gembira. Mak pun gembira nak timang cucu baru.
Bila saya mula bleding saat kandungan baru mencecah 5 minggu, perasaan mula tak keruan. Doktor mula mencari-cari jantung baby sama ada masih berdegup atau tak. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya di kala itu kerana saya terlalu inginkan anak ini.
Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Syukur saya insan pertama di dunia ini yang merasa degupan jantung Rayyan Adam. Syukur Tuhan kerana Kau memberi nikmat membawa bayi sebesar biji tembikai hingga dia lahir. Syukur sangat-sangat.
Bila dikenang-kenang semula, rasa nya mahu saja mengulangi semula detik terindah itu bersama Rayyan Adam. Saya saling berinteraksi dengan bayi di dalam perut. Saling pujuk memujuk. Sambil membelai.
Ini lah kebesaran-Mu ya Tuhan ku. Ku bersyukur pada-Mu yang sentiasa memurahkan rezeki kami sekeluarga. Lahirnya Rayyan Adam ke dunia membuat kami sangat bahagia. Membuatkan rezeki kami bertambah. Membuatkan rezeki kami murah. Membuatkan segala-galanya lengkap
5 comments:
rayyan kene ade adik ar..bru rase lagi..:D
nazz : nti dulu. huhuhu
pelaga...
dah teringin tuh..hehe
proposal kasi hantar la..:p
alhamdulillah...mmg itu lah kenangan yg paling indah...semoga rayyan membesar menjadi ank yg bijak...amin ^__^
eT : proposal tak lulus la. uhuhu
mamamya : amin. tq kak
Post a Comment