LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 7, 2011

Mentor 5

Hari ni mahu cerita ceriti pasal Mentor 5. Disebabkan gezek dia sebelum ni yang memang best gila sampai ketawa tepuk-tepuk lantai laki bini tengok orang datang uji bakat. Maka nya, minggu ni kan nak perkenalkan siapa jadi proteje. Mestilah kena tonton ye tak.




Komen nya ialah boleh dikatakan kesemua peserta perempuan mantap. Mantap sangat-sangat lah. Kiranya masing-masing ada lah kelebihan masing-masing. Yang peserta lelaki pulak, harap maap la yek. Bukan nak kutuk. Rasanya diorg ni memang mentor nya kena kerja keras kasi pandai nyanyi lagi. Nyanyi tu memang dah pandai dah. Tapi hanya pandai je lah.




Untuk Afdlin Shauki kira betul lah kata Abang Nas. Mesti Afdlin amik jadi team dia berlakon filem dia. Huhuhu.... Yang si Edry punya pulak, kompom dah boleh record lagu dengan KRU. Apatah lagi Syarifah Aini. Setakat nak upah produser macam Ajai buat lagu, mesti Kak Pah boleh lah nak kasi upah.




Eh tapi yang saya cakap ni bukan main cakap je tau. Semua-semua ni best-best tau. Cop!!! Terlupa tang proteje Erra Fazira. Gila power. Meremang bulu roma dengar dia nyanyi. Sedap nya dia tarikkkkk. So jaga-jaga lah artis wanita kat Malaysia ni. Memang sedap lah dia nyanyi. Tak kisah la Ramli MS nak kata dia tiru penyanyi asal. Janji dia lain dari yang lain.




Cerita malam tadi lagi kisah si peminat fanatik Kak Pah. Jangan tak tahu ratu air mata bukan main tacing lagi nengok diorg nyanyi lagu Mawar Putih Untuk Mama. Terus cari lagu tu pagi ni nak sambung feeling malam tadi. Akak sedih dik. Memang tacing habis lah bila dengar lagu-lagu sedih nak-nak kalau ada sebut perkataan mama. Maklum lah. Akak kan dah jadi mama dik.




So, far gud luck untuk semua peserta. Memang mantap kali ni. Dan akak bersedia nak nengok episod seterus nya. Saya ni memang peminat setia hiburan tanah air. Tapi benda-benda yang berkualiti macam ni je lah. Takat AF tu cian akak nengok juri nak komen. Minta-minta lah kali ni yang menang yang memang ada bakat. Nak-nak kalau yang masuk final perempuan yang mantap-mantap yang saya cakap tadi.

No comments: