LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 9, 2011

Maafkan Saya

Beberapa minggu ni sebenarnya emosi saya agak terganggu. Tapi makin kuat minggu ni la. Nampak saja saya bergembira. Nampak saja saya bergelak ketawa. Nampka saja saya girang. Dan nampak saja saya boleh stay kat ofis sampai lewat malam selama beberapa hari. Tapi hakikatnya hati saya menangis. Menangis yang amat.




Dah hasilnya pagi tadi pukul 4.30 pagi saya diserang migrain. Terus makan ubat. Dan sampai sekarang tak boleh tidur. Macam-macam yang difikirkan. Hati saya merintih, merintih dan merintih. Tapi saya tahu saya tidak boleh merintih. Sebab saya percaya atas segala ketentuan Tuhan adalah yang terbaik buat saya. Saya cuma perlu bersabar atas setiap pemberian dari-Nya.




Semalam, sambil buat kerja sambil menangis depan laptop ni. Teringat Rayyan Adam. Perasaan rasa bersalah membuak-buak bila fikirkan saya dah bazirkan masa kecik dia tanpa saya di depan mata setiap masa. Bayangkan anak yang semakin bijak pandai, tapi mama tak de depan mata. Betapa ruginya saya rasa. Tak selamanya anak kita kecik macam ni. Keletah dia. Akal dia yang makin panjang. Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya kala ini. Kesal jangan cakap lah.




Saya tahu, saya tak boleh merungut. Sebab Tuhan dah bagi zuriat ni pada saya. Sebab ada lagi insan yang masih mengharapkan zuriat sendiri. Jadi apa lagi yang saya nak. Ye saya sedar saya tak boleh macam ni. Seolah-olah menyalahkan takdir Tuhan. Tapi naluri saya sebagai ibu tak boleh dinafikan. Naluri saya yang ingin selalu mendakap anak nya. Rindu pun jangan cakap lah. Mak mana tak rindu anak. Walaupun anak nya hanya di depan mata.




Pendek kata, beberapa hari ni saya berperasaan negatif. Saya takut dipersalahkan. Saya takut Rayyan Adam menyalahkan saya kelak. Rayyan Adam anak mama, maafkan mama sayang. Mama memang rasa bersalah sangat-sangat pada anak mama ni.



Last week memang saya dengan ofismate yang lain kena stay kat ofis sampai keje siap. Ada yang datang malam tu bawa anak. Sebak jangan cakap lah. Bila tengok orang lain boleh jaga anak sendiri walau di mana berada. Tapi saya? Bayangkan macam mana perasaan bersalah saya terhadap anak sendiri. Saya memang takut orang anggap anak sendiri pun tak boleh jaga. 




Dan disebabkan ini juga saya masih berkira-kira untuk dapatkan anak lagi. Kalau boleh saya mahu Rayyan Adam mendapat kasih sayang sepuas-puasnya. Saya tak mahu Rayyan Adam mengganggap kasih sayang nya dirampas oleh adiknya kelak. Yup. Kala ini segala yang saya fikir kan adalah negatif.




Kesedihan saya makin bertambah bila fikirkan kesihatan mak. Ye mak kata mak dah sihat. Tapi saya tak rasa mak sihat. Perasaan takut akan kehilangan. Ye itu yang saya fikirkan. Saya fobia dengan kehilangan. Takut penyakit mak meragut mak dari saya. Takut penyakit mak merampas mak dari saya. Tapi saya tahu mak kuat. Mak memang kuat sangat-sangat. Tapi hati saya tetap merintih. Cuma saya kena kuat depan mak. Saya kena tunjuk saya tabah.




Sebenarnya saya tak setabah yang disangka. Saya tak kuat seperti luaran. Saya hanya nampak kuat bila saya berkejar-kejar Melaka-KL. Berkejar uruskan anak bila balik Melaka. Berkejar uruskan kerja bila sampai KL. Nampak saya ketawa. Nampak saya gembira. Nampak saya bersahaja. Hati ini hanya boleh merintih, merintih dan merintih hanya di dalam hati saja. Dan juga di blog ini. Hanya di sini saja yang mampu saya luahkan. Saya tak mampu nak luah kan kat siapa-siapa. Saya tahu setiap orang pasti menanggung sesuatu di hati mereka. So, saya tak layak merintih pada siapa-siapa.




Maaf kan mama, Rayyan Adam. Maaf orang, mak. Maaf kan sayang ,abang. Maaf kan saya semua. Semoga Tuhan tabahkan lagi hati saya. Amin

5 comments:

qiera kamil said...

sabar ye kak...saya pun rase yg sama about baby Umar saya...saya cuma kuat bila hari jumaat nk balik ke ipoh...and stiap pagi Isnin mesti rasa sedih sangat nak tinggal Umar...every week tak penah kurang pn rasa sedih dan bsalah,makin bertambah ada la bila sekarang umar dah bijak and kenal orang...semoga Allah berikan kita dan ibu2 senasib kita kekuatan untuk menempuhinya..Amin..

Unknown said...

qiera : dlm pada akak merintih. rupanya masih ada lagi org yg senasib dgn akak. masih ada lagi org yg nasib nya lebih teruk dr akak. sepatutnya akak kena bersyukur. ni semua dugaan Tuhan. cuma kadang2 akak rasa tak tertanggung hidup mcm ni. sbb tu la keluar entry mcm ni. kalau boleh akak tak nak org tahu akak sedih. tapi perasaan ni tak boleh menipu. hope kita sama2 tabah hadapi semua ni. dan akak pun doakan qiera dpt duduk bersama family qiera secepat mungkin. amin

ibudhira said...

As, aku doakan semoga dipermudahkan keinginan ko tuh...semoga dapat bersama suami dan adam tersayang dan...insyaAllah..

Rohani Hashim said...

ntah beb ko jgn sedey, jgn byk merintih, ko ngn bad bertuah, nikah, xbrape lama...terus dpt adam...aku ni ngn jukie...ntah la...

bila ko ckp org lain bwk anak smbil kerja, tp ko xdpt jaga anak, aku ni xdpt lagi ha, xde tanda tanda lagik... sedey tu takyah cakaplaaa...

sebenarnya ko xbazirkan masa pun, memang adam xnmpak ko tiap2 hari, tp dia dgr suara ko tiap2 hari...InsyaALLAH, one day dia akan fhm, dan 1day ko akan ada depan dia tiap2 hari...

ALLAH tahu apa yg dia telah tentukan untuk kita, ada sebabnya kenapa ko kena berjauhan dgn adam skrg nih...

Unknown said...

rini & hany : thanks korg bagi support mcm ni. terharu aku baca komen ni. hope segala urusan kita dipermudah kan Tuhan. Hany aku pun sokmo doa kan ko cepat diberi zuriat yg soleh. amin