LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 27, 2011

Cerita Hantu

Tengok cerita hantu malam-malam Jumaat ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Penakut ya amat. Sekarang pun takut jugak. Tapi dulu teruk nau takutnya.



Ingat lagi kalau tengah malam terbangun nak kencing ke, nak berak ke. Punyalah takut pergi bilik air. Walhal bilik air dalam rumah. Bukan luar rumah. Terngendap-ngendap ketuk bilik abah. Minta abah teman. Mak? Jangan harap lah mak nak teman. Ada kena bebel minta mak teman.



Serius mengada-ngada. Tabiat ni memang sampai ke sekolah menengah. Still takut nak pergi bilik air kalau dah tengah malam. Yang best nya, abah pasti akan bangun teman kan anak kesayangan dia ni nak terkencing tengah-tengah malam.



Tu belum kira masa zaman kanak-kanak. Hahahaha. Jam baru pukul 9 malam pun tetap terpekik mintak abang dengan kakak teman kan. Kelakar. Kalau boleh nak diorg dok depan pintu bilik air. Bagi nampak muka. Tak pun, sambil berak, kejap-kejap tanya dia ada lagi tak kat depan bilik air. Hahahaha


Tapi diorg jahat tau. Kadang-kadang mula-mula je diorg teman. Lepas tu masa saya tengah berak dia tinggal kan je. Bila sedar je diorg tinggalkan pergi depan, mahu aku tak meraung nangis kuat-kuat. Hahahaha. Padan muka. Kena marah dengan mak dengan abah.

2 comments:

Rohani Hashim said...

ahhaa sama ngan aku weh. tp umah aku toilet luor rumah.serammm weh. sokmo kejut ayoh aku. huhu sampai ke besor jugak la weh...ahaah kejam owhhh...tp seyes takot!

Unknown said...

hany : haah takut