Minggu ni saya balik ke Melaka berdua je dengan Rayyan Adam. Mak tak nak ikut balik Melaka sebab rumah Mak Long ada kenduri tahlil. Tapi saya tak gerak Khamis malam macam biasa. Saya gerak tengah hari Jumaat dalam pukul 12 tengah hari.
Silapnya sebelum gerak saya dah tidurkan Rayyan Adam. Sepatutnya dia kena tidur dalam kereta masa saya tengah drive. So, saya boleh memandu dengan aman damai.
Nak dijadikan cerita, start dari rumah mak, Rayyan Adam ok lagi. Syaratnya kita kena borak-borak or ajak dia main ketawa-ketawa. Biasa saya memang buat macam tu. Bila dia gelak-gelak, dia tak akan bosan duduk kat baby car seat tu.
Bayangkan dari Air Hitam, saya tengok-tengok, hish baru sampai Yong Peng??? Rayyan Adam dah start menggelabah. Habis tempat letak air kat tempat duduk kiri ditendang sampai patah. Saya pun dengan cool nya berenti kat Hentian Sebelah Yong Peng. Yong Peng dengan Air Hitam tu dekat sangat-sangat tau. Nak tak nak layan dia gelak-gelak jap. Bukak tali pinggang dia jap. Bagi susu tak nak.
Bila dia dah tenang, saya sambung drive. Aduhhhhh!!! Sah dia memang tak mengantuk langsung. Tak de tanda-tanda nak tidur. Mood dia kadang-kadang ok masa ni. Now dah lepas R&R Pagoh. Tiba-tiba makin kuat Rayyan Adam mengamuk. Dia tak pernah mengamuk macam ni. Masa ni macam-macam benda saya bagi dia main. Termasuk hp. Nak baling pun baling la. Janji dia aman. Pun tak aman jugak. Mengamuk sakan nak bukak tali pinggang dia.
Okey, now cari ketenangan kat Hentian Sebelah Tangkak pulak. Bagi susu. Habis. Pujuk dia kejap. Call nenek. Nak call ayah, ayah kat masjid tengah solat Jumaat. Bagi Rayyan Adam tenang-tenang jap. Then, saya nekad nak gerak jugak. Tangkak dah naks ampai Melaka. Masa ni minta doa kat Tuhan minta dipermudahkan perjalanan dan minta Tuhan lembutkan Rayyan Adam jangan ngamuk-ngamuk lagi. Mujur kereta tak banyak tau masa ni.
Arrrhhh mengamuk lagi. Kali ni berhenti pulak kat Hentian Sebelah Kampung Bemban. Kesabaran dah mula berkurangan. Pada hal lagi beberapa kilometer je nak sampai Air Keruh. Rayyan Adam buat perangai hari ni tak nak duduk dalam seat dia. Saya dah nak start menangis jugak tengok dia melalak macam kena dera.
Kali ni saya nekad. Banyak perkara saya pertimbangkan. Pertama, kereta tak banyak kat highway ketika ini. Kedua, saya pakai touch n go bukan nya tiket. So, dek kerana ada dalam 30km lagi nak sampai ke Air Keruh. Saya nekad memandu sambil meriba Rayyan Adam. Tak terdaya rasanya melihat dia terpekik terlolong, meraung, menangis semahunya.
Alhamdulilah, walaupun keadaan ini adalah bahaya. Tapi perjalanan ini diselamatkan Tuhan. Pendek kata sepanjang perjalanan dari Air Hitam ke Air Keruh, saya berhenti di semua perhentian kecuali Pagoh. Dan pada setiap perhentian, saya tidak turun kereta dan tidak mematikan enjin kereta pun untuk langkah keselamatan. Dan saya hanya meriba Rayyan Adam sambil memandu hanya dari Hentian Bemban sehingga la tol Air Keruh sehinggalah tiba di rumah di Batu Berendam. Saya juga berani kerana kereta saya auto yang boleh memandu sebelah tangan sahaja. Saya dah biasa sebenarnya memandu sebelah tangan. Huhuhu....
4 comments:
mmg bahaya.. dan pengajarannya kena bagi dia letih dan jgn bg tido b4 jalan jauh hihi..
liana : mmg pengajaran sgt2. pasni mmg tak akan kasi dia tidur selagi tak naik kete
bukan dirumah beb dalam kete...hehehe cayalah ko ni bleh join cite 7perhen tian ni;)
hany : hahahha... tu cite hantu dow
Post a Comment