LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 18, 2010

Chicken Pox

Penyakit yang paling saya takut kan selama ini akhirnya muncul si setiap sudut badan. Aiseymen... Dah tua-tua bangka ni baru nak kena chicken pox la wei. Start dari hari Ahad lepas. Saya ingat kan jerawat kat leher ni. Tangan ni pun gatal picit. Kuar air. Ok fine. Biar jek. Lepas tu apasal esoknya pedih tempat yang kena picit tu. Biasa jerawat tak pedih macam ni.




Hari Selasa pagi kepala bukan main sakit lagi. Makan panadol aktif fast. Ok sikit. Petang balik rumah mak sebab nak raya haji kat Air Hitam tahun ni. Malam lepas magrib tu tengok tv tapi siap berselubung. Badan seram sejuk. Cakap kat mak, agaknya nak demam kot. Badan nauzubillah dia punya bisa. Bisa sangat-sangat. Nak tidur dalam pukul 11 tu mak urut pakai minyak panas. Malam tu pun saya bantai lagi panadol lagi 2 bijik.




Pagi raya bangun, suami tanya nak ikut dia pergi sembahyang raya tak. Saya kata tak nak. Sebab tak larat. Tengok-tengok lepas mandi pagi tu makin banyak pulak bintik-bintik merah. Sah. Nak kena demam campak aku ni. Mak pun kata ye. Dah tu mak cakap, patutnya tak boleh mandi tadi. Nasib lah aku dah mandi. Kalau tak mahu aku pergi baraya jadi macam kambing yang kena korban tak mandi.




Ada orang panggil chicken pox, ada orang panggil demam campak, ada orang panggil cengkering (ni memang family panggil cengkering), ada orang panggil cacar air. Hari tu kan PM kita Najib baru je kena. Wahai PM ku sayang, kita ni senasib rupanya.




Makin petang, makin kuat pulak demam ni. Badan seram sejuk. Mula berkira-kira nak ikut suami balik Melaka ke tak. Cuti dah amik sampai hujung minggu ni. Mak pulak memang sah nak duduk kampung raya-raya ni. Kalau ikut suami balik Melaka, Rayyan Adam macam mana. Benda ni menjangkit. Saya pulak siapa nak jaga makan minum. Mak kat kampung. Mak kata sakit macam ni tak boleh masak. Benda-benda menumis kat dapur takut makin kuat sakitnya.




Nak tak nak ikut jugak lah suami balik Melaka sebab nak pergi klinik yang saya dah biasa. Rugi wei doktor kasi mc, tapi saya kata, it's ok doktor. Saya memang cuti. No thanks. Kalau tak, kan dah jimat cuti. Huhuhu...Kalau agak-agak melarat sakit ni, mak suruh pergi rumah Kak Ana time suami kerja. Kak Ana pulak dah sound awal-awal. Kau kalau duduk rumah akak, kau jangan keluar bilik. Huhuhu.. Tahu lah. Takkan la nak tayang badan sakit-sakit ni kat anak-anak dia.


Ni penyumbang pertama yang dah merebak




Sana sini bertanda. Dah macam orang baru lepas beranak pakai macam ni. Suami pulak suruh saya pakai baju lengan panjang je. Motif : takut berjangkit. Huh!!




Paling tak boleh belah, menatangharamjadah ni dah merebak kat muka. Ayo!!! Kau nak tumbuh, tumbuh je eh. Jangan kau nak buat parut kat muka aku sudah. Kau tahu tak badan aku dah mengenyam je ni.




Nampak 2 beranak yang tak sudi nak tidur dengan orang ada penyakit berjangkit. Suami siap kata, jangan cium Rayyan Adam. Sobsobsob. Sedih. Dua-dua orang jejaka idaman malaya ni saya tak boleh nak peluk cium sekarang ni. Puasa dulu.



Pst pst pst...Ni simptom orang mengandung ke. Eh tanya je. Bukannya saya mengandung. Tapi takut mengandung. Huhuhu..

4 comments:

Lady D'yot said...

moga cepat sembuh..jangan makan kicap tau. nanti berbekas.

ibudhira said...

ingatkan si kecik yg kena...rupa nya mama dia...huhu ciann..moga cepat sembuhhhh...jgn makan kicap ye..nnti ade parut..org tua2 kata la..

Unknown said...

lady d'yot : tq

rini : nasib baik adam tak kena

Unknown said...

armouris : tq