LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 8, 2010

Berkhelah Di Pantai Pengkalan Balak

Sempena cuti perayaan pada hari minggu yang lepas, kami 3 beranak cuba memenuhi hari cuti dengan pelbagai acara. Antara acara yang telah kami berjaya jayakan ialah berkhelah di tepi Pantai Pengkalan Balak. Mak tak join sebab mak dah apply cuti awal-awal balik kampung. Urusan keluarga. Hahahaha





Kan dah kata namanya ialah berkhelah. So, dengan gigihnya saya sebagai seorang isteri dan ibu yang sangat baik memulakan acara masak memasak seawal pagi yang mungkin. Nampak tak apa yang kurang? Siapa pandai???? Bila tiba nak makan je, tiba-tiba isteri dan ibu yang baik tadi mencari-cari di manakah nasi yang telah ditanak? Sah!!! Namanya kalau kepala otak aku sorang yang nak pikir barang apa nak dibawak. Memang compom ada barang tertinggal. Makanya kami hanya memakan lauk sardin je pun tersebut dengan roti.




Nampak tak 2 orang jejaka yang sedang berebut peha yang semakin membesar ni??? Maklumlah, saya kan wanita pujaan mereka berdua.







Rayyan Adam sebenarnya seorang budak lelaki yang sangat takut dengan air. Kalau tak percaya, pergilah bantu saya mandikan beliau walau hanya di dalam bilik air sahaja. So, pukulan ombak ni sahaja cukup membuatkan otot-otot beliau kejung. Hahahaha.





Bila beliau sudah bosan dengan pukulan ombak, maka mari kita ajar anak kita bermain tanah. Eh salah. Pasir ye puan-puan. Ayah Rayyan Adam cuba mereka longkang untuk anak nya



Now, masa untuk berehat dan kita minum dulu. Niat di hati mahu turun lagi sekali untuk basahkan badan yang telah kering. Tapi apakan daya, ada kapel yang buat mood kami sekeluarga spoiled. Ni bukan jeles ke apa ye. Tapi meluat yang amat dasyat. Mula-mula dia parking sebelah kereta kitorg. Kereta tu ialah di sebelah tikar ni je ye. Si perempuan memulakan acara menyalin baju di dalam kereta yang mana langsir daripada kain pelekat dan tuala telah dibuat oleh sang lelaki. Kemudian lelaki pula masuk di dalam kereta tersebut yang ber aircond. Soooo???? %^$%^!!!!! Siap ada pakcik tempatan suruh suami saya ketuk pintu kereta ala-ala pencegah maksiat dan sound sebaik mungkin. Tapi suami dalam keadaan waras. Dia kata dia tak nak campur. Bila dah selesai menyalin baju dan berasmaradana di dalam kereta, bermandi-mandian di tempat kami berenang-renang secara berpeluk-pelukan dan berdukung-dukungan. Arrggg!!! Meluat sekali lagi. Terus salin baju, balik dan sambung acara berjalan-jalan di hari cuti di tempat lain.

2 comments:

Artzlizan said...

patut panggil orang kampung tu...sergah..

Unknown said...

princeduyong : org kampung pun skodeng. hahahahaa