LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 17, 2010

Malam Raya

Ni kisah malam raya. Orang Melaka panggil petang mantai. Saya kahwin dengan orang Melaka baru tahu perkataan mantai tu. Tahun ni seperti yang dijanjikan giliran beraya di Melaka.



So, konon-kononnya beraya di perantauan berangan nak buat rendang ketupat sendiri. Tapi sila tahu la ye. Saya la manusia yang tak pandai menganyam ketupat. Maka, saya bagi tahu siap-siap kat suami, kalau nak makan ketupat yang beranyam, sila lah anyam sendiri. Tangan bininya tangan kayu.



Malam raya tu sampai je kat kampung suami, tengok-tengok semuanya dah siap sedia. Alhamdulilah. Tak payah la aku bersusah payah nak isi beras nak rebus ketupat. Nak masak rendang dengan anak kecik. Selamat wei. Semuanya adik ipar saya dah siap kan.




Malam tu sakan main bunga api je lah. Hmmm sebenarnya saya tak suka suami main mercun. Saya orang yang paling banyak membebel malam tu. Suami naik tocang sebab anak bukan jenis melalak tak boleh tidur dengar mercun pung pang sana pung pang sini. Anak dia rileks jek. Macam sokong ayah dia main mercun.






No comments: