Sebelum menaip entry ni masih berkira-kira berfikir mahu dipublish atau tidak. Tapi disebabkan ini adalah kisah tersentap sampai menitikkan air mata harus saja tangan ni laju menaip alkisahnya.
Oh tapi ni bukan kisah menitik air mata ketika meminta maaf di pagi raya. Tapi kisah yang mahu saja rasanya tidak memaafkan kejadian yang berlaku.
Kejadian bermula apabila ada mulut longkang bersuara begini.
" Tolong lah tambah-tambah lauk. Takkan nak duduk je "
Sila tahu nada adalah meninggi suara dan dituju kepada saya sebab nama saya disebut dengan jelas sekali. Skrip di atas juga terpaksa saya olah dan tapis untuk tidak menyinggung mana-mana pihak.
Pertama : Kau siapa nak sound-sound aku macam aku tak de harga diri.
Kedua : Aku tetamu atau kau tetamu? Kau tuan rumah kan? Yang kau nak perintah aku tambah lauk sampai menengking aku apa hal?
Ketiga : Pangkat kau dengan aku apa? Sedar diri sikit. Hormat aku siapa. Kalau kau tu makcik pakcik mak datuk aku, sebijik kuman pun aku tak akan kecik hati even kau nak kata aku pemalas!!!
Keempat : Aku bagi kau muka dan tak melawan setiap bait biadap kau kat aku sebab aku nak jaga maruah suami aku okey!!! Kalau bukan sebab suami aku kau memang salah orang. Kau tak kenal aku siapa. So, aku hanya mampu nangis luahkan apa yang aku rasa dalam kereta depan laki dan anak aku. Kau ingat aku nak dengarkan cerita jijik-jijik ni kat telinga anak aku!!!
Kelima : Minta maaf ye aku doakan kau akan kena lebih teruk daripada apa yang aku rasa sekarang ni kalau kau dah bekeluarga.
Keenam : Untuk pengetahuan kau!!!! Sebelum kau menyalak suruh aku tambah lauk, aku sendiri dah tanya dengan laki aku sama ada dia nak makan atau tak. So, kalau dia nak atau tak. Suka hati aku lah nak layan laki aku atau tak. Kau tak payah beriya menyalak macam aku tak pandai layan laki.
Ketujuh : Kau ingat kau bagus sangat. Jangan tak tahu yang kau sendiri pernah kecikkan hati mak kau sampai mak kau doa yang tidak-tidak pasal kau. Aku tunggu je okey doa mak kau termakbul.
Kelapan : Ni last sebab aku dah penat menaip cerita hal jijik pasal kau. Aku dah decide dan aku dah bagi tahu laki aku, aku tak nak lagi tegur kau sebab aku tak nak tambah dosa kebencian dekat kau. Lagi pun aku tak rugi dan kau pun lagi la tak rugi.
8 comments:
sabar.. sabar...
bumimelaka : mmg sabar pun. kalau tak habis sume puting beliung
plaster je mulut org tu..hoho..
lady dyot : bukan takat plaster. rasa mcm nak rabak2 kan je mulut dia biar tak leh cakap lagi dah. Huh!!!
aku rs dia jelesh ngn ko beb, sebab mmg sah dia kena wat keje kan... seb baek dia sedara laki ko...kalau tak, aku xdpt bygkan apa yg akan keluar dr mulut ko...woooo taufan beb taufan...
hany : mmg pun sbb laki aku kan manja kan aku. kalau dia sedara aku mmg aku dah hentam awal2. ni belah bad aku kena jaga maruah dia dow
hahaha.. sesuki ati mulut dia jer kan.
kak d : yup. mulut tak de insurans
Post a Comment