Hati ni masih berbulu dengan pengadil final world cup hari tu. Kalau kau bagi je si Arjen Robben tu penalti kan senang. Sah-sah dia layak dapat penalti masa kena tarik dengan si toyol rambut macam magie tu. Kau ni pengadil botak!!! Aku baru je nak suka dengan orang botak sebab anak aku baru botak. Buat spoil tau.
Satu lagi si sotong yang macam bapuk ni
Kalau aku dapat kau aku tak nak buat goreng tepung macam orang lain. Aku nak buat masak cili api. Aku nak bubuh cili api banyak-banyak biar kau menggelupur. Baru padan dengan muka kau kena cili dengan aku. Berani kau pergi kat bendera Spanyol. Siap lah kau!!!!
Kan saya dah kata hari tu saya memang sokong Holland sejak 2006 lagi. Saya hanya minat corak permainan sahaja. Itu je. Tak lebih dari tu. Diorg main memang best. Tak de kaitan dengan apa-apa pun kat sini.
Minat punya minat punya minat. Tiba-tiba tahun ni terjatuh cinta kat dia ni
Sebab nya, muka dia sikit lebih kurang dengan budak kecik kat bawah ni
Seeee... Sama kan? Tengok jersi tu pun dah sama. The Orange
Cuma.....Tiba-tiba ada sikit cemburu kat sini....
No comments:
Post a Comment