LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 22, 2010

Nama Berat

Nama berat sampai susah nak pikul? Beban ke? Pernah dengar tak pasal nama berat ni. Ni biasa orang tua-tua lah yang percaya. Saya tak tahu kebenarannya macam mana. Yang saya tahu, kita sebagai ibu bapa mesti lah bagi nama yang maknanya elok untuk anak-anak kita. Nama tu akan dijadikan panggilan sepanjang hidup nya. Maka tu pun salah satu doa bila kita panggil nama seseorang dengan makna yang baik.



Ada lah orang tua cakap macam ni, budak ni asyik demam je. Mesti nama dia berat sangat ni. Pada hal pada saya, makna nama budak tu bukan calang-calang maknnya. Yang elok-elok je di sisi Islam. Nama Arab lagi. Ada dalam Al-Quran. 



Benda ni terjadi jugak lah kat adik beradik saya. Nama kakak saya Afizah. Ok tapi saya tak tahu apa maknnya sebab malas nak google. Kecik-kecik dia asyik sakit je. Demam. Then mak dengan abah bawa pergi berubat. Orang kata nama dia berat sangat. So, kena cari mak angkat. Mak angkat tu kena beli nama dia then bagi nama yang baru. Berlaku lah proses jual beli nama yang baru. Mak angkat tu beli dengan harga 20 sen. Nama baru pulak ialah Senah. Hish tak glemer langsung kan.



So, kakak saya membesar lah dengan gelaran Senah. Hahahaha. Ni pun hanya family je yang panggil. Kat sekolah tak de nya dia nak guna nama Senah tu. Kui kui kui. 



Nak dijadikan cerita, hari minggu lepas saya balik kampung suami. Bersembang lah dengan jiran sebelah. Dia tengok Rayyan Adam membesar bagaikan juara. Kalah anak dia yang dah umur setahun 4 bulan. Dia kata macam ni kat saya. Mesti nama anak kau ni sesuai dengan badan dia. Anak akak ni nama nya berat sangat. Sebab tu badan tak naik. Dia tak nak makan pun.



Saya? No komen. Yang saya tahu saya dah jalankan tanggungjawab kat atas anak saya bagi nama yang maknanya baik-baik. Panggilan nama dia pun saya tak ubah. Apa yang saya bagi tu lah yang saya panggil tanpa ada ringkasan apa-apa. Panjang mana nama tu, panjang tu jugak lah yang saya panggil. Sebab nya saya nak maknanya tu terserap terus dalam diri Rayyan Adam




2 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

ooo..bru tau name kt senah cmtu..hehe

~aSFaLiZa~ said...

nadia : ha macam tu la kak edah nya dia jadi mangsa keadaan. hahahha