LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 6, 2010

Tak Sihat




Malam tadi kurang sihat. Sekarang saya seorang yang lemah keluar di waktu panas. Kan tengah hari semalam saya keluar pergi KPJ Kajang tengok Fielah. Malam terus start migrain. Hmmm badan dah mula seram sejuk. Amik ubat demam, migrain & antibiotik. Memang dah stand by siap-siap sebab sekarang saya mudah sakit.




Dalam pukul 11 dah masuk tidur. Pusing kiri pusing kanan mata tak nak lena. Tapi dah ngantuk sangat ni. Masa ni start la tekak memulas-mulas nak muntah. Berapa kali keluar toilet muntah-muntah. Dah macam mabuk masa mengandung dulu. Fikir-fikir nanti nak try cek la kot-kot kalau positif.



Sakit makin  teruk bila badan belakang ni bukan main bisa lagi. Dah start fikir negatif. Manalah tahu kot-kot sakit buah pinggang ke. Dah tak boleh tahan pergi naik bilik Nadia tanya kot-kot dia boleh bawa kereta ke tak. Saya nak pergi klinik minta ubat tahan sakit. Kalau tak de yang buka 24 jam pun rasa nak terus pergi hospital. Hmmm Nadia tak boleh bawa auto pulak. Saya nak drive sendiri memang dah tak larat. Aina pulak demam. Takkan nak minta tolong dia.



Jam dah dekat pukul 2 pagi. Nangis je sepanjang kat bilik Nadia. Saya memang akan nangis kalau tak boleh tahan sakit. Family dan suami pun tahu perangai saya yang macam budak-budak ni. Tak boleh nak buat apa. So, dia gosok kan belakang badan ni dengan minyak panas. Tak sampai hati pulak nak biar dia gosok sampai saya tertidur. Saya suruh dia stop je. Saya kata nak tidur bilik dia. Mana lah tahu kot-kot sakit makin melarat. So, dia ada kat sebelah nak minta tolong. Nasib terus boleh lena. Subuh baru saya bangun keluar senyap-senyap masuk bilik sendiri.




Ikutkan hati nak MC. Semua orang pun suruh MC. Tapi saya tak nak. Nak jugak datang kerja. Asyik MC je. Macam tak best pulak. Next week Isnin dan Selasa cuti. Tak pe lah. Kejap lagi memang plan nak pergi klinik pun.




Hmmm esok malam dah la start family vacation nak pergi round utara. Plan nak pergi Penang, Kedah dan Perlis. Tak tahu lah macam mana esok punya kesihatan ni...

4 comments:

cik daisy said...

musim org sakit.. akak pun baru baik dr batuk2 & selsema. hope as cepat recover okeh.. nnt nk pi vacation dah bole hepi & sihat semula ;)

~aSFaLiZa~ said...

cik daisy : tq

Mak Su said...

semoga cepat lega ya :)

~aSFaLiZa~ said...

Mak Su : tq