LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 12, 2010

Family Vacation 2010 - Pekan Rabu

Lepas jalan-jalan kat Penang, kami sampai kat Pekan Rabu pulak. Mak aiiii...Jalan bukan main sesak lagi no. Nak melintas pun ceq takut. Kami sampai dalam pukul 6 petang. Jadi bila 6.30 petang je tengok-tengok banyak kedai yang dah kemas-kemas nak tutup kedai.



Awat tutup awai sangat? Ceq tak paham la kenapa. 











Tapi saya dan suami tak memborong banyak sangat di sini. Masih boleh kawal nafsu serakah saya ni







Teruja bila nampak kedai jual capal untuk baby. Tengok harga pun, alahai...Murah gila. RM7 ok saya beli capal ni. Tapi mesti semua pelik kenapa saya beli capal untuk baby. Rayyan Adam kan belum pandai jalan. Actly, capal ni memang untuk Rayyan Adam. Tapi saya beli saiz besar sikit dari saiz dia sekarang. Nak simpan nak buat raya boleh? Hehehehe...Mama memang gedik nak Rayyan Adam pakai capal ni bila dah pandai jalan nanti.







Kalau ke Kedah, tak lengkap kalau tak beli minyak gamat. So, kami cari lah kedai yang jual-jual ubat tradisional. Ni pun satu. Bukan main banyak lagi jenis nya dengan harga yang sama. Macam mana nak pilih ni. Bukan tahu sangat pun. So, suami pun sugest kita pilih gambar orang yang paling hensem lah macam ni. Boleh gitu. So, hensem tak gambar atuk yang saya pilih tu?




Ni tak tahu kuih apa nama dia. Tapi Kak Teh kakak ipar kata kuih ni sedap. So, saya dengan mak pun gatai la tangan nak mencuba. Tiba rumah semua terkulat-kulat makan buat muka pelik

10 comments:

suamihanyisterizuki said...

size adam pon 30, kalu bad mau nyer 130 size nya..har har har ;) amponn bad ;)

~aSFaLiZa~ said...

hany : saiz yg nampak ye

cik daisy said...

akak rasa minyak gamat yg as pilih tu mmg glamer lar.. kat umah mak akak melambak2 dia beli. hehehe!

~aSFaLiZa~ said...

cik daisy : ni pakai main hentam je kak pilih. janji minyak gamat

IbuDhira said...

besh nye jalan2...satu bas ke korang g bercuti?

~aSFaLiZa~ said...

IbuDhira : haah 1 bas. kami adik beradik sewa bas je. senang. tak yah drive

Fielah said...

hehe capal tuh cute sgt... mcm adam.. pakcik minyak gamat pun ensem... mmg pakcik botol tu glamer...

~aSFaLiZa~ said...

Fielah : bukan pakcik la. tapi atuk...dah meninggal kot agaknya. hahaha

Ena said...

bestnyerrr..

dah lamer tak kesane.. uhuk

comel la capal tu.. :)

~aSFaLiZa~ said...

Ena : lagi comel kalau tuannya dah pakai nanti