LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 19, 2010

Buang Emak Buang Saudara... Kerana Kasih Aku Turut Kan


Ekoran dari entry ini dan entry ini....Hati saya meronta-ronta mahu mengekorinya. Huhuhuhu...Mari kita lihat susulannya di sini untuk entry-entry tersebut.




Peringatan ye...Sebelum anda teruskan pembacaan. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada dari penulis entry yang saya maksudkan di atas mahu pun sesiapa. Yang ada kaitan pun cuma drama-drama yang kita tengok kat tv. Seelok-eloknya saya nyatakan di sini, ianya lebih berkait dengan diri saya dan juga ianya hanya pendapat peribadi berdasarkan pengalaman yang ada. Harap maklum...





Buang emak buang saudara....Kerana kasih aku turutkan....





Pendapat saya...sila jangan berbuat begitu. Motif? Ingat...Kita hanya ada satu dalam dunia emak, ayah, saudara....Berbaktilah pada mereka selagi terdaya walaupun ianya membuat kita terluka....




Cinta takkan membawa kita ke mana tanpa restu orang tua terutama ibu bapa kita. Semua ibu bapa di dunia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak akan terjadi pada anaknya. Sebab tu hubungan anaknya dilarang.




Eksklusif di sini....Saya juga pernah mengalaminya. Sama ada ditentang oleh bapa saya sendiri dan juga ditentang oleh ibu sang lelaki...Kejadian? Bila? Di mana? Bagaimana? Kesudahannya? Jawapan itu semua biar lah tersemat baik-baik dalam hati ini....





Waktu mendapat tentangan itu, saya juga nak buat macam pantun di atas. Cinta beb...Segalanya indah. Rasanya dunia ni kita yang punya. Percaya akan kerana cinta pastinya hidup kita terjamin bahagia.





Ingat lah, walau apa pun yang terjadi restu ibu bapa perkara yang paling penting dalam dunia. Betul... Pasti ada jalan. Tapi sudah pastikah jalan yang kita pilih itu betul. Contohnya dengan mengikut kata hati, then kita bagi cucu maka lembutlah hati orang tua. Saya tak nafikan itu semua. Kalau dah itu jalan yang dipilih, maka go on.





Bagi saya, saya amat tagihkan restu ibu bapa. Tanpa restu mereka saya rasa diri saya tidak sempurna. Maka itu jugak, bila saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan saya, saya tidak teragak-agak meninggalkannya andai tidak mendapat restu sama ada dari ibu bapa saya atau pun ibu bapa suami. Bukan kah ibu bapa suami juga akan jadi bakal ibu bapa kita kelak. Kalau tidak mendapat restu bagaimana mahu mendapat kebahagiaan dengan mudah.





Nasihat saya pada mereka mendapat tentangan cinta dari ibu bapa, sabar lah... Tawakal lah... Kalau sudah takdir Tuhan anda dengan pasangan anda, redha lah apa yang terjadi. Cuba lah tambat hati insan yang amat penting dalam hidup kalian. Ingat...Hidup ibu bapa kita juga hanya sekali. Maka yang sekali itulah kita perlu mencari keredhaan mereka...





Tapi jangan menyesal andai kata anda sudah terlanjur berkahwin tapi tidak bahagia. Itu adalah pilihan anda....Anda yang memilih jalan hidup begini...





Alhamdulilah...perkahwinan saya direstui. Walaupun arwah abah tiada rezeki menjadi wali saya, tapi saya tahu abah merestuinya dari sana. Alhamdulilah juga cinta saya juga direstui oleh arwah mak mertua. Walaupun tiada rezeki arwah menatap kami bernikah. Ok...Saya tengah menangis ni....Hmmmm...Arwah mak mertua meninggal 2 minggu sebelum kami bernikah. Baiklah itu sahaja sebelum saya hilang kawalan.




6 comments:

Lady D'yot said...

ratu air mata...ohohoo..

Unknown said...

nadia : hish cite sedih takkan nak ketawa lak

rixals ismail said...

agree.... selalunya mak ayah fikrikan apa yg terbaek untuk anaknya.. restu dorang la yg membawa kita ke dunia dan dgn restu doranglah kita akan bahagia... thanks for this entry... help me a lot... yeyeyyeye.. mari kawinnnnn!!!!!

Unknown said...

Bujal : seee simple je kan hidup ni. dapat kan restu mak ayah. redha saja atas kehendak mereka. sabar. ada rezeki yg terbaik utk kita. mari kawen bujal

Unknown said...

Cinta itu membutakan boleh terima tak hehehehhehe...
Abang Kassimm!!!!

Unknown said...

Jemari Seni : itu lah kalau nak jadi mcm bini kasim selamat yg buta tu. lawan lah ckp ibu mertua ku. hahahha