LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 1, 2010

8 Bulan

Rayyan Adam dah 8 bulan. Alhamdulilah, anak saya dah tunjuk perkembangan tumbesaran yang positif. Walau pun belum ada sebatang pun gigi, tapi beliau dah pandai macam-macam. Panjang pulak tu akalnya.






Okey now :

  • Duduk. Rayyan Adam dah pandai duduk sendiri dengan sempurna. Ni memang tengah mabuk. Sikit-sikit duduk. Sikit-sikit duduk. Sampai kan tengah tidur pun mengigau nak duduk. Orang tengah mabuk lah katakan.

  •  Merangkak. Satu lagi perkembangan positif. Rayyan Adam dah pandai merangkak dengan jayanya. Habis semua tempat dia redah. Semua tempat dia nak pergi. Kejap pergi kat mama. Karang ayah panggil nama dia pergi kat ayah pulak. Good boy.

  •  Memanjat. Pantang ada tempat tinggi. Dia akan paut dan berdiri. Berangan tau. Kadang-kadang pegang sebelah tangan je. Konon lah tak jatuh. Tempat paling dia suka badan orang. Tak badan mama, badan ayah. Tak pun badan nenek. Kesian kat nenek kena lanyak.


  • Tak boleh tinggal sorang-sorang. Oh ni memang haru. Kalau dia rasa keliling dia tak de orang je mula lah dia start volume suara dia. Pada hal kita kat belakang dia. Dia yang tak nampak. Dah tu kalau nak buat susu. Kita kat dapur. Sudahnya buat sambil dukung. Kadang-kadang tu nampak je muka kita terus stop. Macam ada butang pause pulak. Actly, Rayyan Adam ni main je ganas. Tapi rupanya penakut ye anak mama ni.


  • Menangis bila orang asing dukung dia masih menjadi habit. Dia akan scan dulu siapa-siapa yang dukung dia. Kalau dia tak berkenan, dia akan cakap, mama Adam tak suka orang ni. Sila amik Adam balik. Hahahaha... Tangisan dia kita dah faham dah apa maksud yang nak disampaikan.


  • Kutip barang. Satu lagi pe'el terbaru. Apa je la yang dia jumpa. Hp ke, remote ke. Janji dia dapat pegang masuk dalam mulut. So, sekarang tak boleh lepa barang yang bersepah-sepah kat rumah. Nanti ada je tukang kutipnya.


  • Ada rakan baru. Semut dan kumbang. Nasib lah rumah saya bukan ternakan semua tu. Cuma kadang-kadang je kalau haiwan-haiwan tersebut sesat. Rayyan Adam akan jadi kan ikut je ekor mata dia dengan haiwan tersebut. Kalau dapat, dapat lah kat tangan dia. Anak mama ni bijak nya akal dia....


  • Dan tak lupa juga mulutnya yang dah makin ramah berbual. Tapi dengan orang yang dia kenal saja lah ye. Orang tak kenal ni minta maaf lah banyak-banyak. Anak saya ni pendiam. Pemalu pulak tu. Actly kan, ramai je tau yang firts time jumpa Rayyan Adama akan cakap macam ni, eh diam je kan baby ni...Bagus lah. Ha kan saya dah cakap. Mulut dia ada emas. Dia memang boleh berlakon dengan mantap kalau jumpa orang tak kenal. Dia boleh berlakon memegang watak pendiam. Hahahaha


Ni je lah takat ni. Nanti bila akal nya bertambah saya update lagi




Senang mama sekarang. Anak mama dah boleh duduk kat baby chair



6 comments:

Anonymous said...

comel n sgt pandai mcm mama dier... geram n geram n geram kat rayyan adam bila bce entry kamu nie... huhuhuh

~aSFaLiZa~ said...

Anonymous : biar dia lagi pandai mcm mama. nanti boleh jaga mama bila mama n ayah tua

Jemari Seni said...

Tunggu dia pandai ckp pulak...lagiiiii tak larat nak layan! hehehhehe apa-apa pon anak2 kecerian mak bapakkan!

~aSFaLiZa~ said...

Jemari Seni : karang dia pandai ckp, mama nak adik. buat haru je

IbuDhira said...

okla tu as..kalo dh sampai seru nk wat camne..redha je la..hahaha

~aSFaLiZa~ said...

IbuDhira : dhira cepat minta ibu adik jugak