LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 10, 2010

Syahdu


Malam semalam, kenduri tahlil malam ke 7 arwah Pak Uda. Pak Uda ni masa meninggal umurnya 62 tahun. Tapi anak sulung baru 25 tahun dan belum kahwin pun. Kalau ada jodoh dan rezeki mungkin penghujung tahun ni mahu melangsungkan majlis perkahwinannya. Sebak jugak, terkilan arwah tak sempat nak terima menantu. Arwah kahwin lambat dulu mak kata. Sebab tu anak muda lagi. Mak yang adik pun dah ramai cucu.



Tu satu hal. Yang paling buat saya tak boleh menahan sebak bila anak sulung lelaki nya yang baru berusia 20 tahun la kalau tak silap dah jadi tuan rumah. Dulu saya hanya pandang dia macam adik-adik je. Macam budak hingusan lagi. Now, bila ayahnya dah tak de, dia lah yang jadi tuan rumah jemput tetamu masuk dalam rumah. Layan tetamu makan. Sebak beb. Jauh di sudut hati saya amat bersyukur kerana dia bersikap demikian. Oh ye namanya Mazlan. 




Sekarang dia lah yang memikul tanggungjawab keluarga walaupun mempunyai 3 orang kakak. Tak tahu lah nanti saya boleh tak menahan air mata bila dia jadi wali ketika kakak-kakaknya menikah nanti....

2 comments:

Noraide said...

sedih x dapat bertahlil sama, dah jnji dgn abah nak bawa thlil malm ke-7 ni..petang dah bersiap nak balik tetiba hujan sampi ke mlm..hari ni baru sempat balik..

Unknown said...

Noraide : smlm mmg hujan lebat pun. xpe nti 40 hari mak uda buat jugak blh la join