Kepala ni semakin pusing. Sekarang semakin kerap pusing. Migrain yang keterlaluan. Berat sangat kepala ni nak angkat. Tak tahu kenapa. Nak kata kesan ubat perancang tak jugak. Ya lah, saya dah nak amik dos yang ketiga dah minggu depan. Kalau sebab tu, takkan lah sekarang baru nak sakit-sakit kepala ni.
Bila tengah hari start dah sakit sikit-sikit. Semakin petang semakin banyak. Malam pulak makin tak tertanggung. Paling ketara sejak saya datang KL Isnin lepas. Suami kata mungkin sebab perubahan angin tempat kot. Tapi angin saya tak pernah macam ni. Selalunya elok je. Hish tak tahu lah kenapa kesihatan sekarang makin tak stabil.
Tidur pun makin tak cukup. Tapi makan cukup. Okey je selera. Semuanya okey. Kepala saja tak okey. Tolonggggggg!!!! Panadol active fast sekali makan 2 biji. Cuma dapat membantu sikit je. Sepanjang seminggu ni dah sepapan saya habiskan active fast tu.
Petang ni nak pergi la panel minta ubat migrain. Ikutkan tak exited pun nak pergi panel ni. Panel ni tak best. Nak pergi sebab nak dapat ubat free je. Lain-lain servis dia hancur. Yang berkenaan kat syarikat ni sila lah tahu, panel ni kan doktor dia tak mesra pengguna. Bila kita cakap kita sakit apa kan, dia cuma cek suhu je. Lain-lain dia tak cek. Cakap bla bla bla bagi ubat. Dah....Tu je. Sakit kan hati sebab kita datang nak cek dengan lebih detail lagi. Dia cuma kata, okey awak demam ni. Makan ubat bla bla bla. Dah tak nak cerita lagi. Sakit hati. Cuma thanks to company la biaya saya punya perubatan.
No comments:
Post a Comment