LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 13, 2010

Nasi Ambang



Menu lunch tadi nasi ambang yang perlu disebut nasi ambeng. Menu ni glemer ye di Johor tapi now kat KL pun dah senang cari. Tadi makan dengan penuh nikmat sebab lapar bangat.


Apa yang wajib ada ialah, serunding, mee besar atau mee hoon goreng, ikan kering bulu ayam kalau salah bagi tahu ye tak ingat apa nama ikan kering ni, ayam masak kicap biasanya, sambal goreng campuran tempe, kentang, tahu dan soon.


Cerita pasal menu ni, suami teramatlah jakun bila ada kenduri kendara di kampung saya. Ye lah. Dia kan orang Melaka. Konsep nasi ambang ni kena makan dalam dulang beramai-ramai. Biasanya 4 or 5 orang. Suami seorang yang tak akan makan syer-syer selain dari bininya ni. Geli katanya.


So korang bayangkan kalau ada kenduri apa yang dia akan buat. Sudah tentulah berpura-pura kenyang. Tapi mak sebagai mertua tentu-tentu lah tahu peel menantunya ni kan. Eeee malu tau mak amikkan nasi lain letak dalam pinggan makan sorg-sorg. Sudahnya saya marah la dua-duanya. Saya pulak yang malu. Ye lah. Macam sombong sangat la kan laki dia tu makan sorg-sorg. Mak nya pulak layan....


Disebabkan namanya nasi ambang kan. Suami takkan makan walaupun sebenarnya now dah ada org jual untuk seorang makan. Maknanya dalam bungkusan yang kecil yang bukan untuk dimakan beramai-ramai dia tak akan nak makan.

8 comments:

Ena said...

cam best jekk kan!.. adeihhh!!.. sy nie cam tak pernah rase lagi la camner nasi ambang tu.. huhu.. kuno tol la sy nie..

Ismaliana Bt Sulaiman said...

salam ziarah yer..saya dtg dr blog mr.ben...asfaliza melaka kat mana yer...? dulu saya dok melaka..tp skrg dah pindah kota tinggi,johor....
saya dh follow blog ni...:)

~aSFaLiZa~ said...

Ena : ala ena nasi ambang ni kan mcm biasa jugak la rasanya mcm nasi cmpr. cuma konsepnya je kena makan beramai2

Ismaliana Bt Sulaiman : tq follow this blog. saya tgl di batu berendam. jemputla dtg sini. saya juga org jhr dan jemput la singgah air hitam kalau dh duduk kota tinggi tu

mazni namaku said...

as...kita suka nasi ni..dulu masa dok dekat kluang belajar makan...suka sangat2...huhuhu tapi kat ipoh takde...tiba2 terliur..aishhh.........

jujahxo. said...

oh my gudness.. sedapnya! nasi ambeng org jawa kt perak ni tak sebest kt tmpt kta la kak :(

LiAnA said...

birasku selalu jual nasi ambang ni masa ramadan kat kg (muar).. tp ku tak penah cuba pun hihihi

~aSFaLiZa~ said...

jujahxo : tu la oja kan. nk2 kalau ada urap. best nya


LiAnA : liana kena cuba ni. best tau. nk2 kalau tgh lapar

~aSFaLiZa~ said...

laila : nasi ni senang bangat resepinya. tak payah cari2 sampai jhr ni. campur je lauk2 yg as ckp tu. jadi la nasi ambang