LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 20, 2010

Kenapa Rayyan Adam?



Kenapa Rayyan Adam? Ya? Kenapa ye?


Sejak saya mula pandai merendek dulu kan, mestilah berangan nak dapat anak kan. So bila konon-kononnya dulu nak dapat anak kan, berangan lah nak letak nama anak. Masa tu macam-macam lah yang saya reka. Maklum lah, saya kan peminat novel Melayu. So, hero-hero kat dalam novel tu semua kan namanya canggih. Apa lagi...Berangan memanjang je lah...




Salah satunya ialah ADAM. Sejak azali lagi memang saya mahukan nama ini kalau dikurniakan anak lelaki. Tak tahu kenapa. Tak de sebab pun. Tapi memang saya mahukan nama Adam. Bila abang dan kakak saya dapat baby baru je kan, saya lah yang selalunya akan reka-reka nama-nama anak diorg. Cuma nama Adam ni saya simpan tersemat dalam hati sebaik-baiknya. Harap-harap tak kena curi. Alhamdulilah. Tiada yang letak nama Adam. Cuma sepupu saya adalah jugak letak nama Adam. Tapi tak pe lah. Bukan selalu jumpa pun.



Masa berangan dulu ada jugak lah saya berangan dengan nama Adam ni. Seingat saya, pernah saya reka nak letak nama ADAM BAZLI. Dua-dua nama ni saya nak letak sempena nama 2 orang lecturer saya dulu. Lagi pun kan nama saya start huruf A dan suami huruf B. Amik ko...Berangan punya pasal.




Then, bila dah tahu jantina baby masa pregnent 5 bulan saya dapat baby boy, terus lah mereka-reka nama anak. Tapi sebelum tu suami pernah nak bating kalau baby boy dia yang nak bagi nama. Nasib baik saya tak setuju. Hahahaha...Kalau saya setuju kan, dia nak letak nama AZROI tau. Ceh!!! Macam nama bohjan kat dalam cerita Gila-gila Pengantin tu je.




So, bila discuss kami pun setuju nak letak nama ADAM. Plan asal nak letak 1 perkataan je. Ye lah, kami punya nama pun masing-masing hanya 1 perkataan je. Fikir punya fikir macam nak letak satu lagi nama yang bunyinya agak canggih yang memberi makna pada baby. Saya pun dari awal memang dah dok google je nama-nama dalam Islam ni. 




Jumpa pulak ramai je sekarang guna nama RAYYAN. Bak kata kawan saya, wah nama Rayyan macam musim je ek sekarang ni. Tu lah, saya pun baru tersedar yang nama Rayyan macam tengah trend je sekarang ni. Hahahaha. Walau macam mana pun, yang penting ianya memberi makna yang terbaik buat anak sulung kami



Sayang anak mama, satu hari nanti kalau sayang baca blog mama ni, sayang tahu lah kenapa mama beri nama RAYYAN ADAM pada sayang.


RAYYAN - Pintu syurga bagi mereka yang berpuasa
ADAM     - Petunjuk dan tauladan

Semoga RAYYAN ADAM BIN BADRULHISAM akan sentiasa memberi petunjuk dan tauladan dan dipermudahkan jalannya menuju ke pintu syurga. Amin...




Now, tengah berangan nak letak NUR ARISSA pulak. Tunggu....

4 comments:

Ztee_Azwanis said...

nur arissa? wah! mcm tk lme lg tu sound nyer... hehe ;p

Unknown said...

zteesyahmi : bukan tak lama...tapi lama...hehehheh

Muhammad Adam Rayyan said...

wahahhaa.. nama sama! adam suka!!

adam kalau ada adek pompuan pun dah piley nama.. tapi rahsia tau! shhh! hehehe

Unknown said...

Muhammad Adam Rayyan : nti adam letak lah nur arissa jugak. biar sama lagi