Sabtu lepas saya dan suami melawat isteri rakan suami yang baru melahirkan anak kedua di Hospital Besar Melaka. Awalnya saya hanya berperasaan seperti biasa dan hanya rancang memberi duit sahaja kerana memang tak plan nak beli apa-apa gift untuk baby. Masa ni Rayyan Adam tinggal kat rumah dengan nenek sebab now baby tak boleh sesuka hati keluar masuk hospital
Sampai kat wad, kami tercari-cari wad yang dimaksudkan dan macam pelik kenapa dia tak stay dekat wad bersalin. Tapi wad pembedahan. Baru saya teringat yang dia ceacer. Terkilan sikit bila sampai baby tak de. Baby kena stay dekat nursery.
Bila berborak dengan suaminya barulah saya tahu cerita sebenar. Isterinya dah mula sakit jam 8 malam. Sakit yang amat sangat mahu melahirkan saya tahu perasaan itu. Tapi jalan masih tiada. So, jam 9 pagi doktor baru decide nak buat ceacer. Suami isteri ni macam ralat lah jugak sebab setelah 12 jam baru lah doktor buat keputusan. Suaminya mahu sign pun dalam keadaan sedih melihat isteri manahan sakit.
Sudahnya, anak dalam kandungan sudah terminum air ketuban dan makan berak sendiri. Hmmm... Saya sangat sedih mengenangkan baby itu. Dalam keadaan badan berwayar sana sini, ayahnya mengazankan dari tepi tanpa boleh memegang anaknya sendiri. Sedih lagi di situ.
Isterinya yang pada mulanya hanya dibius separuh badan tetapi tidak mampu menanggung kesakitan yang wujud setelah 12 jam dibius pula keseluruhan badan. Sampai kesudah isteri tidak sedar apa yang berlaku. Di saat saya dan suami melawat juga isterinya masih belum melihat apatah lagi mendakap anaknya sendiri. Saya hampir mengalirkan air mata waktu itu cengenglah katakan
Keadaan baby masa ni masih lagi tidak stabil sebab melibatkan paru-paru. Tak dapat bayangkan bila baby belum lagi mendapat susu dari ibunya. Kalau bukan kerana ibu itu sedang berfikir bermacam perkara dan suaminya berbelah bagi mana isteri dan mana anak sudah pasti saya melalak dekat situ jugak. Mujur boleh kawal perasaan ni. Tiba-tiba terkenang Rayyan Adam kat rumah yang kena tinggal dengan nenek. Lagi lah haru.
Semoga kedua-dua anak dan ibu cepat sihat dan cepat sembuh
11 comments:
salam kenal asfaliza...
jumpa blog u kat blog en Ben.
mmg betullah kalau kita di tempat dia, mcm2 perasaan ada kan...
moga ibu n bby cepat sembuh ye!
Izan Ishak : salam kenal jugak. thanks for visit me. wah org batu pahat ye. sama la kita
mOgA SemuAnYa cPaT sIhAT...
SiTi : harap mcm tu la siti
oh kta pn lbeh krg sama je kak. da 12 jam baru doc kata suh operate. tp kta pye citer laen, lgsg tak saket plak :(
*kak, anak sedara kta yg 1st pn pnah kna camni jgk. dia termakan najis dia sndri. mujur sehat skang ni.
jujahxo : oja oprate eh..ye lah bahagian masing2 kan. janji sumenya selamat
mcm tu eh..xkawin lagi..xtau pengalaman cm tu..smga kwn aSFaliza dan baby nya cpat la baik ek..
moga cepat sihat anak dn ibu...
Nazz@Purple : nti awk dah kawen merasa la mcm mana yek
LiAnA : mcm tu la hendaknya
ishh sedihh bila dgr cerita dari awkk pasai ibu n si baby tu..hope diowng cepat sihat amin....hikhikk kita sebenarnya main belasahh jer pergi klinik tue..fist time kan..layann jer la..
nornazliana : mmg cian kan dgr cite ni.
lain kali bab2 g klinik buat pengajaran la yek
Post a Comment